Saturday, December 5, 2009

Akur Dengan Waktu.



Salam hormat dan rahayu,

Setiap ruang dipenuhi oleh jisim dan jirim. Ada yang kelihatan, dan ada yang tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar. Bila ada ruang, pasti ada waktu. Justeru ruang dan waktu saling berkaitan dan terikat pula dengan peristiwa. Waktu atau masa mempengaruhi hidup keseluruhan alam sejagat.


Rugi hidup ini, jika tidak menguasai dan menepati waktu atau masa dengan tepat. Kita mestilah bijak mengurus waktu. Waktu yang diberi hanyalah dua puluh empat jam sehari, tiada lebih tiada kurang. Pandai-pandailah menggunakan waktu supaya setiap tindakan, program dapat berjalan dengan lancar.


Waktu itu berjalan terus, tidak lagi menoleh belakang. Waktu usia muda tidak akan kembali lagi setelah kita berusia tua, hanya tinggal kenangan dan peristiwa yang boleh dijadikan pedoman untuk generasi baru. Setiap sesuatu yang hidup pasti akan mengalami proses usia dan kematian.


Manfaatkanlah waktu itu sebaik-baiknya supaya tidak dalam kerugian. Hendaklah kita sentiasa menepati waktu apabila berurusan dengan orang lain atau berurusan dengan kerja harian. Disiplinkan diri dengan menepati waktu dalam apa jua keadaan. Usah ambil mudah terhadap pentingnya waktu, kerana jika ia berlalu, pasti tidak akan kembali.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran'. (surah Al Ashr ).

"Barang sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Allah akan berikan kepadanya kehidupan yang baik". (Surah An- Nahl : 54)

2 comments:

  1. Salam tuan. Dalam bidang kebatinan (Islamik), jin dan syaitan (pada hemat saya) tidak mempunyai dimensi masa. Rujukan saya ialah surah al-Asr yang menyatakan Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Tetapi tidak dinyatakan makhluk-makhluk lain. Saya tahu tuan juga berminat dalam hal kebatinan kerana terdapat pautan Kebatinan Sejagat di atas.

    ReplyDelete
  2. salam hormat,

    Terima kasih kerana memberi pandangan dan ulasan.

    Surah Al 'Ashr terdiri atas tiga ayat, termasuk golongan surat-surat makkiyyah, diturunkan sesudah surah Alan Nasyrah.

    Surah itu menjelaskan bahawa semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila mereka tidak mengisi waktunya dengan tindakan-tindakan yang baik. (surah ini ditujukan kepada manusia, tidak pada jin atau iblis).

    Pada pandangan saya yang kerdil ini, sesuatu itu dalam penguasaan Allah dan tetap terikat dengan waktu. Setiap yang hidup akan merasai kematian, hanya masa yang ditentukan oleh Allah swt.Ini termasuk para malaikat, jin, dan manusia.

    Saat kematian itu sendiri termaktub dalam kiraan waktu atau masa. Saya dengan rendah hati cadangkan saudara baca kitab-kitab lama jika terjumpa, antaranya kitab Kaasful Maarif, kitab Kaasful Qubra, kitab Hakikat Insan,dan Kitab Hidayat Jati.

    bicarawahyu/wahyujatmika.

    ReplyDelete