Thursday, December 10, 2009

Hantu atau Tuhan


Salam hormat dan rahayu,


Setiap penganut apa saja agama, mempunyai kepercayaannya tersendiri. Kepercayaan itu memerlukan keyakinan yang kukuh, dan dapat mempengaruhi fikiran serta perjalanan hidup seseorang. Ada kepercayaan agama memerlukan pengorbanan dari penganutnya, malah perlu patuh tanpa ia dipersoalkan.

Di dunia ini ada berbagai dan pelbagai agama dan kepercayaan. Lain agama, lain pula amalan dan kepercayaannya. Ada yang memuja roh, ada yang memuja barang kena jadi (maujud) sebagai contoh, menyembah batu, pokok, kubur, memuja semangat, jin, dan api, yang kesemuanya ini dipercayai boleh membantu menyelesaikan masalah harian mereka.


Mereka percaya keampuhan penunggu kubur, penunggu laut, mereka juga yakin pada benda-benda ghaib, sama ada teori mahupun praktikalnya. Kebanyakan penunggu itu merupakan jin, iblis, semangat roh nenek moyang, pelbagai jenis hantu (antaranya, pelesit, toyol, pontianak, langsuir), dan bermacam lagi, dipercayai boleh mengubah nasib hidup dalam kalangan mereka.

Justeru dengan lain perkataan, mereka telah bertuhankan hantu. Sekiranya fikiran mudah dirasuk, mudah dipengaruhi, apatah lagi mereka tidak bertauhid kepada Ilahi, sudah tentu iman mereka kabur dan lebur. Terdapat banyak filem, drama, cerpen, cereka yang berbentuk seram, bercorak cerita hantu, dan tahyul yang boleh mempengaruhi minda anak-anak kecil dan anak remaja. Sekiranya perkara ini tidak dikawal dan dipantau oleh semua pihak, anak-anak kita akan mengalami masalah akidah dan kepercayaan.

Hantu ATAU Tuhan, yang mana boleh memberi manfaat dan dapat memberi pertolongan serta menyelesaikan sebarang masalah? Ini melibatkan akidah dan kepercayaaan. Apakah ada dalam kalangan mereka mempunyai kepercayaan berhantukan Tuhan atau bertuhankan Hantu.

2 comments:

  1. kepercayaan kepada hantu segala hantu mampu meraih kekayaan buat si pembela hantu adalah segalanya berpunca dari ketamakan nafsu yang tidak terdidik justeru itu mereka lebih suka bertuhankan hantu puaka yang memeperbodohkan mereka setiap hari demi haridi dalam kerugian yang nyata dan ini lebih teruk berbanding agama kafir seperti kristian ataupun yahudi yang juga mempertuhan tuhan yang baharu(beranak diperanakkan) kerana tuhan yang sedia ada terbatal daripada sesuatu yang baharu dan tuhan sedia ada adalah tidak sama dengan sesuatupun yang baharu. oleh yang demikian takutkan hantu puaka jahanam akan menjadikan diri kita bertambah ingin melarikan diri daripada kehodohan wajahnya tetapi takutkan allah swt akan menjadikan kita mengejar allah tanpa erti berputus asa selagi hayat dikandung badan.....

    ReplyDelete
  2. salam bicara,
    saudara zakirlazarus,

    terima kasih atas pandangan saudara.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete