Friday, December 4, 2009

Aku Tidak Dipeduli.



Salam hormat dan rahayu,

Masih adakah rakyat miskin tegar di negara kita ini? kalau tidak dicari, mungkin tidak ketemu, jika ia sebaliknya, pasti rakyat berkenaan hidup dalam keadaan miskin berterusan. Siapakah akan membela nasib mereka? masyarakat, sanak keluarga, orang kampung atau kerajaan.


Tidak perlu saling menuding, yang pasti cari penyelesaiannya. Peranan semua pihak sangat diperlukan untuk kenalpasti rakyat yang menderita. Pihak yang berkuasa juga perlu memainkan peranan, antaranya Ketua Kampung, Penghulu Mukim, Pegawai Daerah, ADUN, dan Ahli Parlimen. Slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' sangat-sangat dialukan, dan perlu terus diimplementasikan keseluruhannya untuk kebaikan bersama.


Bagaimana dengan keadaan penduduk di kawasan pedalaman, apakah nasib orang asli dan kaum penan terbela sepenuhnya? terutama dalam isu pendidikan dan hak milik tanah. Sekiranya pemimpin disetiap kawasan masing-masing membuat pemantauan berkala keatas status penduduknya, pasti nasib mereka terbela.


Rakyat yang terlalu daif, apatah lagi warga emas yang tidak ada tempat berlindung, kesihatan diri pula terjejas, perlu dibantu segera. Mereka yang tidak mempunyai anak atau saudara yang lain sudah tentu sentiasa berharap kepada sesiapa saja. Mereka hanya mampu berdoa.

2 comments:

  1. Salam ukhwah. Orang miskin sengaja dijadikan Allah antara asnaf yang layak menerima zakat kerana Allah Maha Tahu setiap waktu, setiap zaman golongan ini akan tetap wujud dan zakat akan terus relevan sebagai ibadah yang wajib ditunaikan

    ReplyDelete
  2. salam bicara,
    terima kasih,

    benar kata saudara itu, Tuhan telah menjadikan sesuatu itu berpasangan, antaranya kaya miskin, cantik hodoh, gagah lemah, cerdik bodoh, dan raja rakyat.

    'Allah menghapus apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan disisiNyalah terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh) . (Ar ra'ad : 39).

    bicarawahyu.

    ReplyDelete