Salam hormat dan rahayu,
Setiap individu bebas menentukan hala tuju hidupnya. Bebas disini tidak bermaksud boleh melakukan apa saja sehingga menjejaskan keselamatan orang lain. Seseorang itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Walaupun dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, mengenai 'Perkara 3', ada menyebut bahawa 'setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri', ini tidak beerti seseorang itu boleh bebas mutlak ke atas dirinya hingga tidak menghirau kesejahteraan orang lain.
Sebagai contoh, raja hendaklah bertanggungjawab ke atas kesejahteraan rakyatnya, begitu juga dengan tugas seseorang pemimpin, amanah yang diberi oleh rakyat perlu dilaksanakan dengan jujur, manakala seorang ketua keluarga, tanggungjawab ke atas kebajikan ahli keluarganya jangan terabai. Setiap ahli keluarga perlu saling nasihat menasihati mengenai hal-hal kekeluargaan agar keharmonian rumah tangga sentiasa kekal.
Sekiranya pemimpin sesebuah negara tidak bijak dalam mengurus hal-hal pentadbiran dan ekonomi, pasti negara itu akan mengalami kemelesetan dan akhirnya kehidupan rakyat menjadi kucar-kacir. Begitu juga keadaan rumah tangga, jika ketua keluarga itu tidak bijaksana mentadbir keluarganya, rumah tangga akan mengalami kehancuran.
Sekiranya salah seorang ahli keluarga, apatah lagi jika ketua keluarga itu sendiri tidak dapat kawal perbelajaan rumah tangganya kerana boros dan membazir tidak tentu hala, seperti mengunjung ke tempat pusat hiburan, ke kelab malam, menjadi seorang pemabuk, dan pemadat, sudah tentu keadaan rumah tangga mereka purak puranda. Anak akan keciciran dalam pelajaran, malah ketiadaan wang untuk berbelanja di sekolah, keperluan dapur tidak mencukupi, keharmonian dan kesejahteraan keluarga tergadai. Justeru hendaklah seseorang itu bertindak secara bijaksana.
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". surah An Nahl : 125.
Ini betul-betul merintis jalan ke neraka.Jika benarlah orang Islam yang perlakukan seperti dalam gambar.
ReplyDeleteYa Selamatkanlah zuriatku dan keturunanku serta sahabat-sahabatku dari melakukan kerja-kerja yang keji ini...Amin
Salam ziarah, kembang biji mata tengok gambo tu
ReplyDeletesalam bicara,
ReplyDeletejika ada penganut Islam sebegini, perlulah ke pangkal jalan, yang ini kena pantau oleh pihak yang berkenaan.
sehari dua ini, melalui media ada pihak tertentu nak berdakwah ke pusat hiburan, oklah tu, tapi kena buat persediaan yang rapi disegi mental dan fizikal.
bicarawahyu.
salam bicara dan rahayu,
ReplyDeleteorang muo,
ini syurga dunia bagi mereka yang terlampau seronok dengan hiburan, hingga lupa diri.
bicarawahyu.
salam.
ReplyDeletekita dituntut menundukkan pandangan,
supaya hati terpelihara.
apakah gambar itu?
perlu ke diselitkan?
Salam Wahyu. Bukan lagi ganjil hal sebegini berlaku di negara yang diisytihar negara Islam ini. Siapa terperanjat, mereka hipokrit. Di depan mata mereka jelas terpampang benda-benda mungkar ini....
ReplyDeletesalam rahayu
ReplyDeleteMybabah,
benar kata saudara itu, hipokrit sejenis penyakit yang boleh membunuh keihklasan seseorang itu,malah merosak sesebuah organisasi.
Antara sifat yang perlu ada dalam mengatasi sesuatu isu atau masalah ialah sifat tegas dan mempunyai pendirian yang teguh.
bicarawahyu.
salam hormat dan rahayu
ReplyDeletesaudari/puan Fatimah Az-Zaharah,
Terima kasih atas pandangan saudari.
Sekeping gambar boleh menjelaskan seribu makna.
Terpulang kepada perspektif masing-masing. Bagi saya yang kerdil ini, setiap gambar itu ada unsur-unsur nilai, dan pendidikan di situ, sudah tentu ada mesej yang hendak sisampaikan kepada pembaca.
bicarawahyu.