Salam hormat dan rahayu,
Anak adalah zuriat sebuah keluarga. Setiap famili mahukan anak, bakal zuriat penyambung generasi akan datang. Anak yang soleh adalah harapan ibu bapa, bakal pengganti waris yang boleh membentuk keluarga yang besar dan bahagia. Tidak ada famili yang tidak mahukan anak, tidak ada famili yang tidak mahukan kegirangan dan kebahagiaan berkeluarga.
Anak adalah pengikat dan cahaya mata bagi sebuah keluarga. Anak juga merupakan madu dan racun untuk setiap keluarga. Tanpa anak, hidup rasa kesepian, tanpa anak juga, keluarga rasa kesunyian. Justeru, dapat anak hendaklah dipelihara dan diberi pendidikan secukupnya. Anak itu adalah anugerah Allah, oleh itu usah dipersia-siakan anugerahNya.
Membesar dan memberi pendidikan kepada anak bukanlah satu perkara mudah, ibu bapa atau penjaga perlu mendidik, membimbing dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran. Anak memerlukan penjagaan yang rapi dan kasih sayang secukupnya, supaya perkembangan minda dan jasmaninya mantap dan seimbang. Kurang kasih sayang, kurang diberi pendidikan, dan tidak sempurna penjagaannya, akan memungkinkan anak itu menjadi liar, tidak berdisiplin, dan mudah terpengaruh dengan aktiviti yang negatif.
Sering terdapat berita hangat mengenai kecuaian ibu bapa atau penjaga terhadap keselamatan anaknya sehingga ditimpa kemalangan dan membawa maut, antaranya, anak-anak bermain di tepi lombong atau kolam tanpa diawasi oleh orang dewasa, bermain mercun, memancing di saliran air atau sungai, dan membiar anak mereka bermain di kawasan yang berisiko tinggi.
Anak mengharapkan ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab tentang keselamatan mereka. Justeru perhati dan awasilah aktiviti anak-anak. Pupuk dan beri didikan sempurna pada anak agar mereka dapat berdikari dan akan menjadi warga yang baik.
Salam ziarah.Setiap anak itu dilahirkn suci bsh,ibubpnylah yg mncoraknnya.Ke mana ksdhn anak itu brgntung kpd apkh pndikn yg tlh diberi.
ReplyDeletesalam hormat,
ReplyDeletesaudari ummi ida,
benar kata saudari itu, pepatah drp ahli filosofi iaitu Lao tze boleh dijadikan panduan, mengatakan : anak mendengar kata, adik beradik kasih sepanjang masa, suami isteri pula, seia sekata.
t kasih, wahyujatmika.