Friday, November 20, 2009

Boleh Minum? no problem.




Salam hormat dan rahayu.

Minum apa saja asalkan ia memberi kebaikan kesihatan fizikal dan minda. Minuman yang boleh mendatangkan kemudaratan diri perlu dipinggirkan. Minuman yang mengandungi gula yang berlebihan boleh meningkatkan paras kadar gula dalam darah juga perlu dipinggirkan, kerana ia boleh mengundang diabetes. Manakala minuman yang ada alkohol secara berlebihan pasti menjejaskan kesihatan dan minda.


Di sesetengah tempat dan negara, minuman beralkohol dijadikan sebagai satu minuman rutin, malah dibangga-banggakan dalam majlis formal dan hari-hari kebesaran. Apa jua perkara, jika ia terlalu melampau batas, pasti mengundang masalah yang besar. Minuman yang memabukkan dan memudaratkan, serta ditegah oleh agama hendaklah dijauhi. Minuman itu akan merosak jiwa.




Mabuk disebabkan oleh pengambilan minuman alkohol yang berlebihan dan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Antaranya fikiran tidak waras, pembunuhan, bersikar kasar, merogol, kemalangan jalan raya, dan boleh mencederakan orang lain.



Berhati-hatilah mengambil apa jua jenis minuman, supaya tidak merosak jiwa dan badan. Dewasa ini, banyak jenis minuman ringan dijual di merata tempat untuk pengguna. Justeru jangan silap pilih.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan mensucikan diri". (Al Baqarah : 222).

5 comments:

  1. salam.. gambar mengerikan.. jauhi anak-anakku dari benda-benda memabukkan

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Boleh tumpang tanya tak? Apa makna rahayu. Hamba cari dalam kamus tak ada... Rahayu mungkin perkataan arab yang belum diterima pakai dalam bahasa Melayu. Masa sekolah dahulu, ada beberapa kawan perempuan yang bernama Rahayu. Tapi sampai sekarang saya tak tahu maknanya.

    ReplyDelete
  3. Salam hormat dan rahayu.

    perkataan 'rahayu' diguna pakai oleh warisan anak bangsa Jawa (khusus dalam kalangan keluarga kraton/istana), yang membawa maksud, saling mendoakan agar mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan serta terbebas dari segala gangguan.

    Bicarawahyu.


    Salam hormat dan rahayu,

    saudara mrakuman,

    Anak-anak perlu dipantau, jika silap kaki melangkah ia boleh diperbetulkan, tapi jika silap langkah dalam kehidupan merana padahnya.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete
  4. saya sokong tindakan dr hasan ali untuk mengawal penjualan arak di kawasan majoriti orang islam.. tindakan yang tepat untuk mengelakkam muda mudi islam mabuk dan tidak berfikiran waras kerana terpengaruh dengan minuman beralkohol..

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  5. salam rahayu.

    Benar saranan saudara, anak muda sekarang perlu dipantau, dan diberi ruang untuk mengisi jiwanya dengan akidah, tauhid yang betul.

    Bicarawahyu.

    ReplyDelete