Thursday, November 26, 2009

Aku Rela Begitu.


Salam Aidil Adha,
salam hormat dan rahayu,

Aku seorang anak kecil, akur dengan arahan ibu bapaku yang sangat aku kasihi. Aku tahu akan status keluargaku yang begitu miskin sekali. Tapi aku tetap bangga dengan keluargaku. Tiada mereka tiadalah aku. Aku juga kasih pada adik beradik aku yang lain, aku anak sulung dan sebagai anak sulung, aku berasa bertanggungjawab ke atas adikku yang lain.

Bapaku peniaga kecil-kecilan dipinggir jalanan, hasilnya hanya sesuap nasi pagi dan petang. Ibuku suri tumahtangga sepenuhnya, menjaga adik-adiku yang masih kecil. Aku bantu ayahku menjual kelapa muda, jika habis jualan pada hari itu, aku begitu gembira dan bangga sekali. Soal pelajaran? aku hanya ke tahap tahun empat, aku menangis dalam hati kerana tidak dapat meneruskan pelajaran. Aku rela begitu, asalkan adik-adikku yang lain dapat belajar.

Hati kecilku menangis hingga tiada henti, melihat nasib keluargaku, bapaku orang yang sabar dan tidak berpelajaran, tapi beliau seorang yang tekun beribadah dan bertanggungjawab. Apakah ini merupakan cubaan dan dugaan daripada Allah swt.? Aku berazam dan bertekad akan berusaha mengubah nasib keseluruhan keluargaku.

'Ya, Tuhanku permudahkanlah segala urusanku dan sempurnakanlah segala hajatku, hanya Engkau tempat aku memohon tiada yang lain, amin.' Begitulah aku memohon dan berdoa setiap hari pada Tuhanku. Aku yakin segala permintaanku akan dikabul oleh Allah, kerana Dia Maha Pemakbul Segala Doa.

4 comments:

  1. Salam Wahyu, selamat hari raya Aidiladha. Sebenarnya, di luar sana masih ramai golongan miskin yang perlu dibantu. Kita (termasuk Kerajaan) yang tidak sedar. Mereka bukannya pemalas, tetapi tiada peluang dan bimbingan. Jadi, masyarakat prihatin kenalah peka pada keadaan ini dan jangan hanya memikirkan ke mana hendak dihabiskan wang bonus tahunan...

    ReplyDelete
  2. salam hormat,
    jemput ke Budi Bookstore untuk melayari alam buku-buku motivasi dan kemajuan kendiri.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Nice post!
    The sun will set for you sooner or later.

    ReplyDelete
  4. salam hormat,

    Thank you so much.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete