Friday, November 6, 2009

Kerusi Isyarat.



Salam hormat dan rahayu.


Sesiapa saja duduk di atas kerusi pasti rasa selesa dan santai atau sebaliknya, tapi jangan lupa kerusi itu memberi isyarat supaya kita melihat apa saja yang ada dipersekitaran. Untuk apa? lihat apa yang berlaku di atas, di kiri, di kanan, di bawah, dan setiap sudut supaya dapat mengambil tindakan yang adil terhadap apa jua isu.


Apakah kita perlu berdiam diri setelah lihat banyak peristiwa yang menggugat ketenteraman keharmonian masyarakat kita berlaku dengan sewenang-wenangnya? Kekejaman ke atas rakyat, pembunuhan di sana sini yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa, rompakan, rasuah, dan jenayah yang dilakukan oleh antaranya, rakyat tempatan atau rakyat asing yang berada di negeri ini perlulah diambil perhatian serius oleh kerajaan dan kerjasama semua pihak.


Setiap media cetak, dan apa saja saluran komunikasi telah mendedah betapa ganas dan kejam perbuatan segelintir mereka yang tidak ada sifat kemanusiaan. Jika tidak dibendung, dikawal dan ambil tindakan segera, pasti negara kita akan kucar-kacir, tunggang langgang, dan rakyat akan menderita menjadi pelarian di tempat sendiri.


Pihak pemerintah perlu bertindak tegas, ke atas mereka yang masuk ke negara ini tanpa permit. Ada terdapat juga mereka menyalahguna permit mereka dengan tujuan lain dan melanggar peraturan serta undang-undang negara. Kita tidak perlu bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah ini.


Sesebuah negara itu akan hancur sekiranya pemerintah, pentadbir, pengurus, dan apa saja mereka yang berkuasa tidak mempunyai sama sekali sifat Rasulullah. Empat sifat itu adalah sifat yang wajib ada pada semua orang, iaitu amanah, benar, menyampaikan, dan bijaksana. Semuanya ini adalah budi luhur sejagat. Aman diri, aman keluarga, aman keluarga aman masyarakat, dan aman masyarakat amanlah negara. Perlulah kita bertindak secara bijaksana.


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, serta bantahlah mereka dengan cara yang baik." An Nahl : 125.

2 comments:

  1. tidak melakukan sesuatu untuk memperbaiki kerosakan merupakan kerosakan yang paling besar...

    ReplyDelete
  2. salam bicara.

    Terima kasih atas pandangan saudara. Kata-kata saudara itu ada falsafah. Hati kecil manusia ini tendesinya ke arah kebaikan, kecuali mereka yang tidak akur pada kebaikan.

    salam hormat.
    bicarawahyu.

    ReplyDelete