Sunday, November 15, 2009

Hidup Melarat




Salam hormat dan rahayu.

Masih adakah manusia hidup melarat tanpa tempat perlindungan di dunia ini? pasti ada, cuma perkadaran penduduk adalah berbeda bagi sesetengah tempat. Di negara yang sering dilanda bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebuluran, dan tsunami masih terdapat ramai rakyat yang hidup melarat, dan memerlukan bantuan dari semua pihak termasuk kerajaan tempatan.




tiada tempat tinggal

Dunia kini mengalami konflik ekonomi, dan negara kita terasa bahananya. Justeru rakyat disarankan berbelanja secara berhemah. Sumbangan semua pihak sama ada buah fikiran, dan penglibatan secara langsung dalam pembangunan ekonomi amatlah perlu untuk mengekalkan keseimbangan kesejahteraan negara.


Tidak dapat dinafikan memang ada rakyat yang hidup miskin dan melarat. Apakah kita perlu mendiamkan diri seribu bahasa, sedangkan negara kita sudah bebas dan merdeka sekian lamanya. Kerajaan tidak akan berdiam diri, kerana ini tanggungjawab bersama terutama dalam kalangan pemimpin rakyat. Masing-masing menjalankan tugas dan jika ada konflik peranan dan kesamaran tugas dalam mana-mana pemimpin dan organisasi, pasti rakyat akan menderita.

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri." ( Yunus : 44).

3 comments:

  1. Hmmm...bahasa cantik dan tatabahasa tepat. Boleh jadi geng buat duit jadi penterjemah.

    ReplyDelete
  2. Ummat diuji untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.. Sejauh mana kesabaran wujud dalam diri.. Redha Allah hanya untuk hambaNya yg taat dan patut pada perintah dan larangan-Nya...

    ReplyDelete
  3. Salam Sejahtera.

    Untuk saudara (meniti usia), dan saudara Luqiem.

    Terima kasih atas ulasan dan teguran yang membina. Semoga kita saling bertukar fikiran untuk kebaikan pembaca.

    salam bicara.
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete