Saturday, November 14, 2009

Aku Mahu Kebebasan.



Salam hormat dan rahayu.

Anak remaja mahu bebas dari cengkaman ibu bapa. Mereka mahu berdikari. Jika anak remaja diberi kebebasan tanpa kawalan, ini akan mengundang masalah kepada keluarga. Begitu juga rakyat, mereka tidak mahu minda mereka dijajah setelah negara sudah bebas dan merdeka sekian lamanya. Apakah kebebasan boleh diperoleh dengan sewenang-wenangnya tanpa perjuangan.


Walaupun negara bebas sepenuhnya, jika minda rakyat masih dibelenggu, tidak bebas bersuara dan mengeluarkan pendapat untuk kebaikan negara, sudah tentu negara akan kucar kacir dan tunggang langgang. Sejarah Indonesia, jelas menunjukan bahawa rakyatnya berjuang menentang Belanda hingga ke titisan darah yang terakhir hanya menggunakan buluh bambu runcing, manakala India bertungkus lumus membebaskan diri dari cengkaman British.


Negara kita pernah mengalami situasi pelbagai bentuk yang tidak menyenangkan rakyat antaranya, konflik dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan rusuhan dan demonstrasi dijalanan.




Kini Thailand, situasi politik di negara itu masih kucar kacir akibat pemberontakan rakyat yang telah celik akal untuk menyingkirkan pemimpin yang korupsi. Harus ingat, rakyat mahukan keadilan dan kebenaran, anak-anak pula mahukan hak kebebasan dan hak pendidikan. Adakah kebebasan mutlak terbentuk dalam hidup ini?





Sebenarnya tidak ada kebebasan mutlak, selagi kita terikat dengan ruang dan waktu selagi itu kita tidak bebas mutlak. Kita masih tertakluk dengan peraturan dan undang-undang. Justeru kita hendaklah bijaksana mengatur hidup ini.

2 comments:

  1. Salam bicarawahyu. Saya telah meLINKkan blog tuan di blog saya. Semoga pembaca saya dapat sama-sama menyelami buah fikiran tuan. Saya rasa ada intan yang terselindung di sebalik penulisan tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera.

    Terima kasih atas ulasan saudara, semoga setiap penulisan kita dapat dimanfaatkan ntuk kebaikan pembaca.

    salam hormat.
    Bicarawahyu.

    ReplyDelete