Wednesday, November 18, 2009

Jalan Berhantu


Salam hormat dan rahayu.

Hari perayaan besar seperti Hari Kemerdekaan, Hari Raya Korban, Hari Natal, Hari Tahun Baru Cina, dan Deepavali, adalah hari yang diwartakan sebagai hari cuti umum. Rakyat akan bercuti di kampung masing-masing, untuk meraikan hari perayaan tersebut bersama keluarga dan sanak saudara.

Apa yang sering menjadi kekecohan ketika itu adalah berlakunya kesesakan lalulintas. Banyak kenderaan bergerak di jalan raya atau di lebuh raya menuju ke destinasi masing-masing. Para pemandu yang tidak berhemah dan berhati-hati di jalan raya, pasti akan mengalami perkara yang tidak diingini berlaku.




Di negara kita, saban tahun peratus kemalangan jalan raya semakin meningkat. Usaha-usaha telah pun dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Realitinya, angka kematian semakin bertambah.

Apakah faktor utama yang menyebabkan kadar kematian semakin meningkat di jalan raya? mungkin lalai, atau keadaan jalan raya itu sendiri, pemandu mengantuk atau mabuk, atau keadaan kenderaan yang dipandu, ataupun sikap pengguna jalan raya yang tidak mengikut peraturan. Justeru hendaklah kita pasrah dan bertaqwa kepada Allah swt.

"Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimah taqwa." (Al-Fath : 26)

4 comments:

  1. Terima kasih kerana menyertai blog kerdil ini. Walau siapa pun kita atau idelogi kita, kita tetap bersaudara............salam berjuang buat saudara dan salam sejahtera buat saudara dan keluarga

    ReplyDelete
  2. Salam hormat.

    Persaudaraan sesama Islam akan tidak putus selagi kita saling menegakkan kebenaran dan keadilan untuk memartabatkan kesuciaan agama Islam dan kesejahteraan rakyat.

    Bicarawahyu.

    ReplyDelete
  3. sebelum memulakan sebarang perjalanan, haruslah dirancang terlebih dahulu.. xdelah tergesa2 untuk sampai ke sesuatu destinasi.. bile dah tergese2, x lagi sifat kesabaran dalam diri.. maka kemalangan boleh berlaku.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  4. salam horamt,

    benar kata saudara itu,

    sifat sabar boleh menenangkan fikiran dan hati. sifat sabar juga boleh menyelesaikan beberapa masalah.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete