INGAT, Sesuatu itu tidak dapat dimudarat (dimusnah), melainkan dengan izin Allah. Kukuhkan akidah kamu, dan bertauhidlah kepadaNya.
sesiapa pun boleh berbicara mengenai alam, kemanusiaan dan ketuhanan, bicarawahyu secara tuntas, melalui laduni buat diriku dalam mencari keakuan aku...wahyujatmika.
Saturday, January 30, 2010
Mahu kemana tu?
INGAT, Sesuatu itu tidak dapat dimudarat (dimusnah), melainkan dengan izin Allah. Kukuhkan akidah kamu, dan bertauhidlah kepadaNya.
Monday, January 25, 2010
Beginikah Aku?
Amalan meminta sedekah ini sudah menjadi sinonim di kawasan yang ramai penduduk, di bandar-bandar, dan ada kemungkinan mereka ini hidup berkelompok yang hanya meminta belas ehsan daripada orang ramai. Jika terlalu ramai peminta sedekah dan tidak dikawal oleh pemerintah, ada kebarangkalian ia menjadi isu dan masalah kepada negara.
Sunday, January 24, 2010
Ok, ke?
BILA HATI SENTIASA BERSANGKA BAIK.
Friday, January 22, 2010
Mangkat : Sultan Johor.
AL FATIHAH
Kemangkatan
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Seluruh rakyat di negara ini, dan rakyat Johor khususnya, berkabung atas pemergian Almarhum Sultan ke hadrat Ilahi, yang berjiwa rakyat dan sangat berjasa dalam meningkatkan kemajuan rakyat dan negara. Almarhum Sultan berusia 77 tahun, jatuh gering dan mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru malam tadi, jam 7.45 malam.
foto : Akhbar Utusan Malaysia, 23 Jan 2010.
Daripada Allah kita dihadirkan, dan kepadaNya kita dikembalikan, amin. Al Fatihah.
Tuesday, January 19, 2010
Inikah haluanku?
Salam hormat dan rahayu,
Gembirakah kita pabila anak-anak muda bergelandangan tanpa haluan, apatah lagi jiwanya kosong tidak ada pegangan agama yang kukuh. Anak-anak muda ini kelak mewarisi perjuangan hidup masa kini. Mereka adalah harapan bangsa, bakal memerintah negara. Negara akan hancur lebur sekiranya anak bangsa tidak berpelajaran, tidak ada langsung nilai murni, tidak ada semangat patriotik, dan tidak cinta akan agama dan negara.
Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menghadapi atau melalui banyak cobaan hidup, risiko hidup semakin tinggi. Justeru mereka perlu diberi bimbingan kerjaya, bimbingan agama, menguasai ilmu ikhtiar hidup supaya mereka menjadi rakyat yang berguna dan berfungsi kepada negara.
Wednesday, January 13, 2010
Sedarkah Aku?
Salam hormat dan rahayu
Apabila manusia lupa diri, lupa Tuhan, lupa segalanya sehingga abaikan kemanusiaan, pasti mereka diberi cobaan dan dugaan hidup, antaranya dilanda bencana alam seperti, banjir, tsunami, gempa bumi, dan tanah runtuh. Apakah semuanya ini gara-gara tindakan manusia yang rakus dan kejam terhadap alam semulajadi.
Monday, January 11, 2010
Aku Tak tahu.
Salam hormat dan rahayu
Bahan terbuang, sampah sarap, dan apa jua bahan lupus perlu dibuang ditempat yang sesuai dan ianya tidak mengundang masalah serta menjejas keselamatan umum. Bahan terbuang dan apa jua sampah sarap jika ditinggal dan dibuang merata tempat akan membawa suasana atau pemandangan yang tidak sihat dan menjijikkan.
Bayangkanlah sekiranya semua tempat kediaman perumahan dan perindustrian tidak mengamal mengumpul, membuang sampah dan bahan terbuang dengan cara yang betul dan bersistem, pasti ia mengundang penyakit yang yang tidak menyenangkan masyarakat.
Seharusnya semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Setempat supaya seluruh tempat dan kawasan tidak tercemar dengan sampah sarap yang boleh menjejas kesihatan. Yang penting di sini ialah pengetahuan dan pendidikan rakyat terhadap betapa pentingnya kebersihan dan kesihatan.
Hilang Akal.
Salam hormat dan rahayu,
Antara punca ialah hilang akal, yang kemungkinan disebabkan oleh antaranya alkohol, tekanan jiwa, dan kemurungan yang membolehkan seseorang itu hilang pedoman hidup. Kesempitan hidup, kesempitan wang, sedih, dan sentiasa menerima kegagalan juga menyebabkan seseorang itu hilang kawalan lalu boleh menjejaskan keselamatan orang lain.
Baru-baru ini peristiwa pembunuhan ke atas empat sekeluarga di Gemenceh, Negeri Sembilan, adalah satu daripada banyak contoh betapa bahayanya jika seseorang itu hilang akal. Tindakan seorang anak memenggal kepala ayahnya, membunuh adik, datuk dan neneknya, adalah tindakan yang melampau dan tidak peri kemanusiaan, sudah pasti nafsu ammarahnya sama ada sedar atau tidak telah menguasai pemikiranya.
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al Quran dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". An Naml : 6.
Saturday, January 9, 2010
Ikut hati mati.
Gambar : Akhbar Kosmo 10 Jan 2010
Walaupun peristiwa ini tidak meragut nyawa, tetapi ia membawa kerugian besar kepada pemilik syarikat dan menjejaskan keselamatan orang awam. Selain empat buah bas terbakar, kaunter tiket dan sebuah gerai yang baru dibuka juga turut mengalami kerosakan akibat peristiwa tersebut.
Ada beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar, antaranya pengeboman kenderaan di Selatan Thai, ramai manusia yang tidak berdosa terkorban. Jika ini sering berlaku, sudah tentu negara akan mengalami masalah yang besar sehingga menjejas dan menakutkan rakyat. Negara tidak lagi aman dan menjadi tidak stabil.