Friday, January 22, 2010

Mangkat : Sultan Johor.



AL FATIHAH
Kemangkatan
Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Seluruh rakyat di negara ini, dan rakyat Johor khususnya, berkabung atas pemergian Almarhum Sultan ke hadrat Ilahi, yang berjiwa rakyat dan sangat berjasa dalam meningkatkan kemajuan rakyat dan negara. Almarhum Sultan berusia 77 tahun, jatuh gering dan mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru malam tadi, jam 7.45 malam.



foto : Akhbar Utusan Malaysia, 23 Jan 2010.


Kemangkatan almarhum Sultan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 11.20 malam. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah bersama 10 orang putera dan puteri. Baginda diputerakan di Istana Semayam pada 8 April 1932, dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada almarhum Sultan.


Daripada Allah kita dihadirkan, dan kepadaNya kita dikembalikan, amin. Al Fatihah.

3 comments:

  1. Dah sampai masanya ... Alfatihah ..

    ReplyDelete
  2. teringat semasa mengurus majlis amal under ngo dibawah baginda...

    ramah dalam riak garang selamba
    tapi ada kelakar...
    baginda begitu sukakan bunga teluki...

    al fatihah buat baginda

    ReplyDelete
  3. Salam hormat,
    Jijahh,
    Riesna Zasly.

    memang benar, selagi kita terikat dengan ruang dan waktu, selagi itu kita dikejar usia dan setiap peristiwa dijadikan kenangan.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete