Monday, January 11, 2010

Hilang Akal.


Salam hormat dan rahayu,


Hidup tidak terkawal jika hilang akal, malah hidup tidak tentu arah bila fikiran berkecamuk, apa saja yang terlintas difikiran sudah tentu akan mempengaruhi tindak lakunya. Nah, ini yang akan membimbangkan bukan saja keluarga malah seluruh masyarakat sekiranya tindakan itu berbahaya.


Banyak sudah peristiwa yang buruk dan ngeri telah berlaku di sana sini dan sangat membimbangkan keselamatan masyarakat setempat, antaranya pembunuhan, rogol, dan seksa mangsa hingga membawa kematian. Bagaimana semuanya ini boleh berlaku?


Antara punca ialah hilang akal, yang kemungkinan disebabkan oleh antaranya alkohol, tekanan jiwa, dan kemurungan yang membolehkan seseorang itu hilang pedoman hidup. Kesempitan hidup, kesempitan wang, sedih, dan sentiasa menerima kegagalan juga menyebabkan seseorang itu hilang kawalan lalu boleh menjejaskan keselamatan orang lain.


Baru-baru ini peristiwa pembunuhan ke atas empat sekeluarga di Gemenceh, Negeri Sembilan, adalah satu daripada banyak contoh betapa bahayanya jika seseorang itu hilang akal. Tindakan seorang anak memenggal kepala ayahnya, membunuh adik, datuk dan neneknya, adalah tindakan yang melampau dan tidak peri kemanusiaan, sudah pasti nafsu ammarahnya sama ada sedar atau tidak telah menguasai pemikiranya.

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al Quran dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui". An Naml : 6.

No comments:

Post a Comment