Wednesday, January 13, 2010

Sedarkah Aku?


Salam hormat dan rahayu


Apabila manusia lupa diri, lupa Tuhan, lupa segalanya sehingga abaikan kemanusiaan, pasti mereka diberi cobaan dan dugaan hidup, antaranya dilanda bencana alam seperti, banjir, tsunami, gempa bumi, dan tanah runtuh. Apakah semuanya ini gara-gara tindakan manusia yang rakus dan kejam terhadap alam semulajadi.






Allah akan menurun bala terhadap mereka yang keterlaluan dan berlaku kejam terhadap orang yang tidak berdaya, sebagai contoh, membunuh, merampas hak anak yatim, pemimpin yang tidak berlaku adil, dan menzalimi rakyat.






Turunnya bala atau pembalasan Tuhan ke atas penduduk atau sesuatu kominiti masyarakat bertujuan supaya mereka sedar apa yang telah mereka buat selama ini tidak bercanggah dengan hukum agama atau sebaliknya.

Rosaknya alam ini adalah disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Antaranya, pembikinan loji nuklear, berperang yang tiada kesudahan, dan ciptaan teknologi yang boleh membahayakan keselamatan penduduk dunia.

3 comments:

  1. salam,
    jd bersiap siaga lah dengan apa2 yg baik...kerana kalau kita faham..bhw dunia ni fana, maka kita insyallah menjadi manusia yg redha

    ReplyDelete
  2. salam

    semuga ALLAH memberikan rahmat berterusan buat kita..atas segala bala bencana itu juga percaturan ilahi..Semuga sabar dan redza atas ujian. Kita dituntut membantu, mendoakan dan hak kita belum tentu hak kita selagi ada org memerlukan...w'aklam

    info ini amat menarik dan mngajak kita berfikir tentangnya

    ReplyDelete
  3. salam hormat
    saudara wakparpu,
    saudari ainhany.

    terima kasih atas maklum balas, setiap sesuatu itu memang sedia ada ketentuan dan ketetapan daripada Ilahi.

    bertawakallah kita semua padaNya.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete