Tuesday, January 19, 2010

Inikah haluanku?



Salam hormat dan rahayu,


Gembirakah kita pabila anak-anak muda bergelandangan tanpa haluan, apatah lagi jiwanya kosong tidak ada pegangan agama yang kukuh. Anak-anak muda ini kelak mewarisi perjuangan hidup masa kini. Mereka adalah harapan bangsa, bakal memerintah negara. Negara akan hancur lebur sekiranya anak bangsa tidak berpelajaran, tidak ada langsung nilai murni, tidak ada semangat patriotik, dan tidak cinta akan agama dan negara.






Kebanyakan anak muda yang ingin hidup bebas tanpa sebarang kawalan daripada ibu bapa, masyarakat, dan pemimpin, pasti mereka terbiar, hidup liar tanpa peraturan yang boleh membawa kebinasaan dan kemusnahan sepanjang hidup mereka. Apa pun penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu, perlulah mereka diawasi supaya mereka tidak tersilap langkah dan pastikan keselamatan mereka terjamin.





Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menghadapi atau melalui banyak cobaan hidup, risiko hidup semakin tinggi. Justeru mereka perlu diberi bimbingan kerjaya, bimbingan agama, menguasai ilmu ikhtiar hidup supaya mereka menjadi rakyat yang berguna dan berfungsi kepada negara.

No comments:

Post a Comment