Monday, January 25, 2010

Beginikah Aku?


Salam hormat dan rahayu,

Mencari Sesuap Nasi.


Untuk sesuap nasi, manusia rela melakukan apa saja untuk terus hidup, cuma bentuk tindakan bagi memperoleh sesuatu akan berbeza antara satu sama lain. Ada yang sanggup merompak, berniaga apa saja, minta sedekah dijalanan atau dikaki lima, hingga ke tahap membunuh.


Masih terdapat peminta sedekah berada dijalanan dan dikaki lima di kebanyakan negara, tidak kira di negara maju, negara perindustrian, dan negara yang sedang membangun. Kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan, tempat tinggal, dan ada yang cacat anggota akibat kemalangan.




Amalan meminta sedekah ini sudah menjadi sinonim di kawasan yang ramai penduduk, di bandar-bandar, dan ada kemungkinan mereka ini hidup berkelompok yang hanya meminta belas ehsan daripada orang ramai. Jika terlalu ramai peminta sedekah dan tidak dikawal oleh pemerintah, ada kebarangkalian ia menjadi isu dan masalah kepada negara.


Ada yang kurang upaya, sebagai contoh hilang penglihatan iaitu buta, tapi mendapat latihan kemahiran memainkan alat muzik, mereka terus menggunakan kemahiran tersebut untuk mencari rezeki dan dijadikan sebagai satu pekerjaan harian. Tidak pula dinafikan bahawa ada terdapat peminta sedekah dari warga asing yang didalangi oleh sindiket tertentu untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.




Ada kalanya, anak-anak kecil dipaksa menjadi peminta sedekah, oleh itu, semua pihak perlu prihatin tentang perkara ini. Pemimpin setempat tidak boleh berdiam diri, mesti buat sesuatu sebagai pemimpin yang diterima rakyat, jika tidak akan timbul isu atau aduan rakyat yang memerlukan keadilan.

2 comments:

  1. Salam Wahyu,

    Saya merasa sangat beruntung hidup dinegara ini, kerana genarasi kita bukan gelandangan begini. Jika terdapat pun mereka dari luar, atau sakit minda.

    ReplyDelete
  2. salam zed,

    terima kasih, atas ulasan saudara. Negara kita sentiasa aman dan perlu dikekalkan oleh semua pihak.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete