Saturday, January 9, 2010

Ikut hati mati.



Salam hormat dan rahayu,


Manusia akan lakukan apa saja untuk memenuhi permintaan dan kepuasan hati, tidak kira ianya melanggar undang-undang atau sebaliknya. Orang tua kita ada menyebut bahawa ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, jika bertindak tanpa memikirkan baik buruk dan akibatnya, maka sesal dahalu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.



Hati yang tidak dikawal, penuh dengan iri hati, dendam kesumat, angkuh, dan penuh khianat, akan membinasa bukan saja luhur budi, malah masyarakat akan kucar kacir dan bimbang akan keselamatan diri dan negara. Kerosakan harta benda awam, harta persendirian, dan hak milik badan swasta sering berlaku di sana sini hingga sukar dikawal, apatah lagi sekiranya berlaku konflik dalam kalangan mereka.





Media sama ada melalui akhbar tempatan, saluran TV, dan internet sentiasa memaparkan berita sensasi dan utama untuk perhatian umum dan memerlukan langkah pencegahan diambil secara serius. Peristiwa empat buah bas dibakar di stesen Bas Medan Kidd, Ipoh, menggambarkan ada berlakunya tidak puas hati dalam kalangan hati pengguna atau mana-mana pihak yang ingin mencetuskan huru hara. Apakah ini satu perbuatan khianat atau balas dendam?


Gambar : Akhbar Kosmo 10 Jan 2010



Walaupun peristiwa ini tidak meragut nyawa, tetapi ia membawa kerugian besar kepada pemilik syarikat dan menjejaskan keselamatan orang awam. Selain empat buah bas terbakar, kaunter tiket dan sebuah gerai yang baru dibuka juga turut mengalami kerosakan akibat peristiwa tersebut.





Ada beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar, antaranya pengeboman kenderaan di Selatan Thai, ramai manusia yang tidak berdosa terkorban. Jika ini sering berlaku, sudah tentu negara akan mengalami masalah yang besar sehingga menjejas dan menakutkan rakyat. Negara tidak lagi aman dan menjadi tidak stabil.

No comments:

Post a Comment