Saturday, January 30, 2010

Mahu kemana tu?




Salam Hormat dan rahayu,


Jeti ini menuju ke Pulau Besar, Melaka. Apakah tujuan manusia berkunjung ke tempat tersebut? ini bergantung kepada diri individu itu sendiri. Kalau niatnya melancong atau ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan, maka setiap apa jua tindakan diambil perlulah positif.

Suatu ketika dulu, Pulau Besar terkenal dengan cerita makam tujuh beradik . Makam Tujuh Beradik ini merupakan makam lama yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk tempatan. Ramai pengunjung luar datang menziarahi makam tersebut untuk tujuan tertentu, antaranya membayar nazar setelah hajat termakbul, mohon jadi kaya, mengubat penyakit, dan mendapatkan jodoh.



Masih ramai yang mengunjung kubur yang dianggap keramat di serata tempat untuk mendapat kekayaan, malah untuk kenaikan pangkat, dan menang dalam piliharaya. Apa pun, tindakan tersebut akan membawa kepada syirik kepada Tuhan dan merosakkan akidah.







Selalunya bagi mereka yang terdesak, kurang memperdalami hal-hal agama, akan bertindak apa saja termasuk memohon ke tempat yang dianggap keramat bagi menyelesaikan masalah mereka. Ini termasuk dari mereka yang terdiri dari pelbagai kepercayaan, bangsa, pangkat, dan kedudukan perjawatan awam.


INGAT, Sesuatu itu tidak dapat dimudarat (dimusnah), melainkan dengan izin Allah. Kukuhkan akidah kamu, dan bertauhidlah kepadaNya.

6 comments:

  1. his .. nauzubillah .. manusia ni senang benoo kena kipas yer .. tak teguh iman ... minta dijauhkan dari benda yg menyesatkan ni .. aamin .

    ReplyDelete
  2. sayang peninggalan sejarah terbiar tanpa terpelihara...

    ReplyDelete
  3. salam hormat

    Jijahh dan Riesna Zasty,

    terima kasih, atas pandangan anda.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah...tq atas follow anda...bagi saya kuburan adalah tempat yang shad..mampu melembutkan hati,,,justeru saya selalu mendidik anak2 untuk sedekakan al-fatihah setiap kali melewati perkubrann. saya cuba membayangka keadaan penghuni kubur semasa it yang terlal mengharapkan ikhsan berupa doa yang mngkin dapat meringankan beban siksaan yang dihadapi..

    ReplyDelete
  5. Salam Wahyu,

    Mereka saya rasa ingin berehat ambil angin pulau. Ada Tag untuk anda di blog saya. Sila lah mampir

    ReplyDelete
  6. Salam hormat dan rahayu
    untuk saudara zedmagel.

    Terima kasih atas pandangan saudara. Saya telah lawat blog saudara, sungguh menarik dan banyak maklumat yang tersirat di situ.

    Setiap yang ada ruang sentiasa dipenuhi dengan jisim dan jirim. Justeru ujud waktu dan peristiwa. Setiap sesuatu itu sama ada di alam langit mahupun dibumi bertasbih, bertahmid memuji kebesaran Allah dengan caranya tersendiri.

    Saya ada menulis di laman blog "Bicara Kebatinan Sejagat" - berkaitan kebatinan, kerohanian, dan Tenaga Dalam (secara asas), antaranya cara mengolah pernafasan, dan sekiranya dapat menguasai tenaga dalam, pasti dapat berkomunikasi dengan objek, alam, dan haiwan. Kesemuanya ini tergantung pada individu memprakteknya berulang-ulang dan ada kesungguhan hati.

    Ada perkara boleh diajak berbicara bersama mengenai sesuatu yang abstrak, metafizik, dan alam kerohanian, ini bergantung pada tahap pemikiran dan penerimaan seseorang.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete