Tuesday, November 2, 2010

Saat-Saat Kelahiran Seorang Anak.






Salam hormat dan rahayu.


Setiap detik dan setiap saat sudah pasti berlakunya kelahiran dan kematian. Justeru ia tidak dapat dielakkan dalam alam maya ini. Seorang ibu yang cukup waktu hamilnya akan melahirkan anak tidak kira dalam apa cara dan keadaan sekalipun. Betapa susah dan payah ibu melahirkan anak, penderitaannya hanya ibu itu sendiri yang mengetahuinya.


Setiap ibu berharap anaknya akan menjadi orang yang berguna dan dapat berkhidmat pada kedua orang tuannya dan juga terhadap masyarakat. Manusia merencana hanya Tuhan yang menentukan, kita hanya berusaha, berharap dan pasrah kepadaNya.



Anak jika tidak dididik dengan pendidikan yang sempurna pincanglah kehidupannya, mereka akan kabur tentang kehidupan dalam erti kata yang sebenarnya. Ibu Bapalah yang mencorak arah tuju anaknya dan membimbing ke arah kebaikan. Anak perlu diberi pelajaran supaya ia bersedia menempuh cabaran hidup yang sukar diramal.



Persediaan untuk hidup itu penting, dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak, tidak boleh lari dari cobaan dan ujian hidup. Hanya orang berpelajaran dan berpendidikan agama dapat menangani masalah hidup dan meneruskan perjuangan tanpa henti.

Saturday, October 30, 2010

Usah Bertindak Rakus.




Salam hormat dan rahayu.

Musnahnya alam ini kerana banyak faktor, antaranya aktiviti manusia yang kurang arif atau sengaja buat tak tahu tentang perlunya pulihara dan pelihara alam sejagat ini. Pencemaran alam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab turut sama memberi kesan yang amat sangat terhadap keindahan dan kesemulajadian alam yang indah ini.



Negara kita ini penuh dengan keindahan semulajadi dan mejadi kebanggaan rakyat, tetapi kini keindahan itu telah ternoda. Kebanyakan tempat atau lokasi hutan semulajadi telah diteroka atas sebab-sebab tertentu ATAU diteroka secara haram untuk mengaut keuntungan peribadi. Kawasan hutan pedalaman diteroka tanpa sempadan, akibatnya gersang sana sini, hidupan haiwan tidak ada lagi tempat berlindung, hutan habis ditebang, hakisan berlaku tanpa kawalan.




Apakah pihak berkuasa akan membiar ianya berlaku secara berterusan begitu saja? Yang pasti ekosistem alam akan terjejas. Justeru akan menjejas kehidupan seluruh penghuni alam ini. Kawasan pedalaman terutama penduduk orang penan, orang asli sudah tentu akan kehilangan banyak sumber makanan dan mata pencarian ekoran kawasan mereka telah diteroka secara haram.

Punahnya alam ini kerana perbuatan manusia itu sendiri, bersikap rakus dan semberono tanpa memikirkan impak atas perbuatan mereka. Usah terlalu gelojoh, tamak dan tidak waras dalam menjalankan aktiviti penerokaan hutan semulajadi. Yang hancur, tak akan retak, dan yang retak akan kembali pada bentuk asalnya.

Thursday, October 7, 2010

Jasa mereka - ingatkah aku?



Salam hormat dan rahayu.


Ketika ini hujan turun lebat, petir bertalu-talu berdentam, ini mengingatkan aku kisah silam. Kisah orang lama, yang perlu dijadikan sempadan dan teladan. Orang tua-tua dulu, mendidik anak hingga anaknya menjadi orang yang berguna dan berkhidmat bukan saja pada ibubapanya malah untuk masyarakat. Anak-anak bukan saja diajar berakhlak, malah jiwa mereka dipupuk dengan keruhanian. Aku masih ingat sebuah keluarga yang sangat miskin berjaya mendidik anak-anaknya dan memberi pelajaran sehingga ke menara gading.




Keluarga tersebut memberi anak-anak mereka pelajaran dan kasih sayang, walaupun hidup melarat dan penuh kemiskinan. Mereka sanggup bekerja mencari rezeki yang halal untuk pelajaran anak-anak, dan tidak mahu anak-anak mereka hidup susah masa mendatang. Keluarga itu sanggup mengikat perut kelaparan kerana kekurangan wang, asalkan anak mereka dapat meneruskan pelajaran sehingga peringkat universiti. KINI, anak keluarga tersebut kesemuanya berjaya ke peringkat menara gading dan masing-masing telah bekeluarga dan hidup bahagia, namun begitu anak-anak mereka masih saling berkhidmat dan menjaga kebajikan ibu bapa mereka.


Kebanyakan anak-anak remaja sekarang ada yang asyik dan leka dengan material, hiburan dan jiwanya pula kosong, sehingga tidak lagi kasih dan menghormati ibu bapa mereka. Walhal sekiranya kita renung hati ibu bapa secara semulajadi, mana ibu tidak mahu anaknya berjaya, mana bapa tidak mahu lihat anaknya cemerlang, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik untuk anaknya. Ibu dan bapa yang mahukan anaknya berjaya dalam hidup sudah tentu tidak akan jemu dan serik mendidik anak mereka walaupun nyawa taruhannya.


Wahai anak-anak, hargailah pengorbanan ibu bapa kamu. Usah pula kamu digelar anak derhaka, anak yang tidak mengenang budi, INGAT, ibu bapa kamulah yang membesar dan mendidik kamu dengan penuh kasih sayang. Jangan pula kamu jadi Si Tanggang yang malu mengaku ibunya yang miskin dan tidak berpelajaran, ibulah yang melahir dan membesarkan kamu.


Lihat, dewasa ini ramai kalangan anak remaja hilang pegangan hidup, berpeleseran tanpa hala tuju, terjebak dengan kancah penyalah gunaan dadah, menjadi samseng jalanan, dan ingin hidup bebas sehingga menimbulkan masalah gejala sosial yang amat serius. Salah siapakah ini? ini yang menjadi tanya, ada anak remaja yang kurang didikan agama dan kurang pemantauan ibu bapa telah menjadi liar terjebak dengan kumpulan samseng yang menjejaskan keharmonian masyarakat.

Saturday, September 18, 2010

Aku Hanya Pasrah




Salam hormat dan rahayu.



Hidup seseorang itu ada ketentuan dan ketetapan yang telah tertulis sejak azali lagi. Justeru, kita perlu pasrah dengan kehendak Ilahi. Usaha dan ikhtiar ada pada manusia, dan manusia itu sendiri yang menentu dan mengubah nasibnya, Allah hanya merestu dan memberi rahmat serta barakahNya.


Setiap pemimpin negara mahukan negaranya aman makmur, rakyat sentiasa bekerjasama dan hidup penuh harmoni. Oleh itu, setiap rakyat bersama pemimpin berperanan dan bertanggungjawab sepenuhnya menggembling tenaga memajukan pembangunan dan ekonomi negara.







anak-anak keciciran mengemis di jalan raya

Unsur rasuah, penyelewengan kuasa, dan apa jua masalah yang menggugatkan keselamatan negara perlu ditangani bersama. Masalah kemiskinan, keciciran murid, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, dan jenayah perlu diselesaikan serta diberi keutamaan.


jangan biarkan anak anda keseorangan, fikirkan keselamatannya.


Saban hari melalui media, kes jenayah seperti pembunuhan, merompak, buang bayi, dan penipuan berleluasan. Yang menjadi perhatian negara sekarang ini ialah kes pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati bersama tiga rakan yang lain. Mangsa bukan saja ditikam, disembelih malah dibunuh sampai mati lalu mayat mereka dibakar, dan abu mayat pula dibuang dimerata sungai berhampiran dengan lokasi pembunuhan. Anak-anak pula dibiarkan begitu saja keseorangan menjalankan aktiviti harian sedangkan mereka perlukan perlindungan daripada orang dewasa. Ibu bapa perlu bertanggung sepenuhnya terhadap keselamatan dan pendidikan anak-anaknya. Jangan abaikan mereka.

Thursday, September 16, 2010

Zalim Tu!!! Jangan Dibiarkan.



Salam hormat dan rahayu.


Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah liciknya suspek yang juga seorang peguam bergelar Datuk, ditahan polis berhubung dengan pembunuhan kejam ke atas jutawan Datuk Sosilawati Lawiya bersama dengan tiga rakannya yang lain. Pembunuhan yang sangat kejam dan menyayat hati ini sangat zalim dan tidak ada langsung perikemanusiaan.


Zalim disini bermaksud tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya, itu zalim namanya. Apatah lagi pembunuhan dilakukan ke atas orang yang tidak berdosa. Metro Edisi Tengah, bertarikh 16 September 2010, paparan utama masih berkisar mengenai isu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama rakannya. Suspek memiliki pendapatan jutaan dan harta melampau.


suspek pembunuh Datuk Sosilawati dan tiga rakannya.


Ladang kepunyaan suspek dikawal dan dibantu dengan 16 anjing rottweiler. Berkemungkinan anjing itu digunakan untuk membunuh atau menakutkan mangsa, terpulang pada arahan tuannya. Peristiwa ngeri yang juga menjadi isu negara suatu ketika masa dulu, dimana Datuk Mazlan ditetak, dibunuh, jasadnya dipotong oleh Mona Fandey dipercayai atau hanya andaian cebisan tubuh mangsa diberi makan pada sekawan itek peliharaannya, apakah mungkin kaedah ini juga diaplikasi oleh suspek iaitu K. Patmanaban diladangnya?


Yang lebih zalim, mangsa disembelih, dibunuh seterusnya dibakar, lalu abu dibuang ke merata sungai. Untuk menghapus bukti mayat dibakar hingga menjadi abu, dan sekurang-kurangnya memakan masa dua hingga empat jam, ini bergantung pada alatan dan kepakaran. Jenayah berlaku dimana saja dan semakin berleluasa, ianya perlu dikawal. Apakah negara kita dapat mengurangkan jenayah dan menjamin keselamatan rakyat dalam erti kata yang sebenarnya?

Monday, September 13, 2010

Berhati Syaitan.






Salam hormat dan rahayu.


Manusia akan buat apa saja untuk capai matlamat, walaupun bertindak kejam seperti menipu, menindas, memukul, dan membunuh. Membunuh demi wang, kuasa, mahupun meningkatkan kekayaan dalam kalangan manusia sudah menjadi lumrah saban tahun. Yang penting wang atau duit diperoleh melalui pelbagai cara termasuk melalui peras ugut, dan pengkhianatan rakan seperniagaan.


Manusia sering saling tidak jujur, hilang pertimbangan akal bila berurusan sesama sendiri terutama urusniaga yang melibatkan wang berjuta ringgit. Ini belum soal menentukan kedudukan atau status seseorang dalam masyarakat mahupun dalam arena politik. Manusia sanggup melakukan apa saja termasuk mengorbankan ramai jiwa yang tidak bersalah untuk kepentingan sendiri.


Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan paparan berita melalui pelbagai media mengenai kematian seorang jutawan Datuk Sosilawati Lawiya, bersama peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, pemandu Kamaruddin Shamsudin, dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad. Mereka ini dibunuh secara kejam dan tidak berperikemanusiaan malah mayat mereka dibakar. Untuk menghilangkan bukti, abu mayat kesemua mangsa dibuang ke sungai.




Seorang yang bergelar Datuk yang juga merupakan peguam iaitu Datuk K. Patmanaban ditahan polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga mangsa yang lain. Turut sama ditahan polis ialah adik kepada Datuk K. Patmanaban bersama beberapa pekerjanya. Kesemua mereka yang ditahan oleh polis itu adalah berketurunan hindu.





mencari bukti pembunuhan di Sungai Kanchong, Banting


Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain dipukul, ditikam, dibunuh, malah disembelih dengan kejam. Mayat mereka dibakar lalu abunnya dibuang ke dalam sungai untuk menghilangkan bukti. Kesemua mangsa yang beragama Islam dibunuh dan dibakar secara hindu. Apakah ada isu lain disebalik peristiwa yang sangat tragis ini?


Mangsa dipercayai ada hubungan perniagaan dengan suspek yang melibatkan wang berjuta. Pembunuh mangsa sudah hilang pertimbangan, begitu kejam, hilang keluhuran budinya dan wajib dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Sunday, September 5, 2010

Prejudis - akibatnya.





Salam hormat dan rahayu.


Apabila manusia saling prejudis, keluhuran budi mulai semakin terhakis, malah seluruh sistem dan kepemimpinan negara turut goyah dan memerlukan perhatian yang serius untuk sesebuah organisasi atau negara itu kembali normal dan kekal stabil.


Kestabilan sesebuah institusi keluarga tidak akan kekal lama sekiranya ahli keluarga saling bertelagah dan akhirnya membawa ke arah keretakan rumah tangga. Begitu juga dengan keadaan sesebuah negara, berlakunya konflik dan saling prejudis dalam kalangan pemimpin akan menghancurkan keutuhan negara.


Negara kita sering mengalami pelbagai isu semasa antaranya, penyelewengan kuasa, masalah kepemimpinan, gejala sosial, ekonomi yang tidak stabil, keselamatan, pendatang warga asing dan iklim politik yang kurang menyenangkan hati rakyat. Kesemuanya ini perlulah pihak kerajaan bersama rakyat membanteras isu yang boleh menyebabkan negara mengalami kehancuran.





Palestine dan Israel saling berkonflik, prejudis, saling berperang untuk menentukan hak dan konfliknya dalam kalangan mereka seolah-olah tiada nokhtah. Hasilnya sehingga hari ini tiada kepastiaan, mereka sering saling berperang dan berbunuhan.

Thursday, September 2, 2010

Endah Tak Endah.







Salam hormat dan rahayu.



Setiap tahun apabila muncul hari perayaan besar seperti Aidil Fitri, Tahun Besar China, dan Deepavali bunyi mercun berkemundang di sana sini tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri dan orang ramai. Larangan menyeludup dan membakar mercun sudah pun diumumkan oleh pelbagai media namun masih yang berdegil.


Saban tahun ada saja kemalangan berlaku di sana sini akibat bermain dengan mercun, anak-anak kehilangan jari, cedera anggota badan malah ada yang cedera parah sehingga koma dan dimasukkan ke hospital, yang lebih dahsyat lagi ada nyawa terkorban.


Paling sedih anak-anak kecil atau orang dewasa menjadi mangsa letupan bahan mercun yang disimpan sama ada di rumah mahupun digudang. Sebagai contoh, di Terengganu, berlakunya letupan bahan api (mercun) dari sebuah rumah sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak berumur lima tahun yang tercampak dan melambung serta tersangkut ke atas pokok setinggi lima belas meter.



Apakah peristiwa ini tidak membawa sebarang pengajaran kepada umum? malah seolah-olah tidak menjadi masalah besar kepada negara, sehingga kurang pengawalan yang ketat dan tidak begitu serius oleh pihak keselamatan. Penyeludupan bahan tersebut dipercayai daripada negara jiran atau negara luar yang lain sering bolos dan dapat pula diedar ke seluruh negara.



Kebanyakan bahan api (mercun) diseludup bukan saja menggunakan kenderaan kecil malah mereka guna kenderaan besar seperti van, dan lori. Dua minggu lalu, sebuah lori dengan muatan bahan mercun, terbakar dan meletup di lebuh raya. Bahan yang dibawa itu adalah pelbagai jenis mercun dipercayai untuk diedar dan dijual kepada umum menjelang hari raya ini. Mereka ini endah tak endah dengan peraturan dan undang-undang negara. Mereka sanggup buat apa saja asalkan duit dapat dikaut menggunung. Malah ada bangunan atau gudang tempat simpanan bahan letupan itu meletup musnah dan mengorbankan nyawa manusia.






Langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat dan serius perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini, terutama di pintu masuk dan keluar negara ini. Tindakan hukuman yang setimpal perlu dikuatkuasa ke atas mereka yang terlibat, tidak kira pengguna mahupun pembekal, pengedar, dan penyeludup.

Tuesday, August 31, 2010

Masihkah Aku DiJajah?






Salam hormat dan rahayu.


Lima puluh tiga tahun sudah, negara kita merdeka, tidak lagi dijajah oleh negara lain. Walaupun telah lama sudah negara kita ini merdeka, ini tidak bererti kita bebas sepenuhnya. Kita masih dibelenggu oleh beberapa isu, antaranya rasuah dan masalah kepemimpinan negara, penyelewengan kuasa, ketidakstabilan ekonomi, pendatang asing, dan perpaduan kaum berkonsepkan satu Malaysia.


Anak remaja sekarang perlu diberi wadah kerohanian atau spiritual agar mereka tidak mengalami kedangkalan akidah, kesetiaan, dan semangat patriotik. Anak-anak remaja inilah bakal pemimpin masa depan negara. Jika tidak dipupuk semangat cinta akan negara, sudah pasti gelandangan anak-anak remaja hanyut dengan dunianya sendiri.






Apakah maksud merdeka sebenarnya? ini tergantung pada persepsi masing-masing. Sebagai contoh, Si hamba dibebaskan oleh tuannya, gembiranya si hamba itu bukan main kepalang lagi. Dia bebas dari suruhan dan tekanan, malah boleh membuat keputusan sendiri. Bagaimana pula dengan psikologi dan kesan mindanya? apakah ia bebas dari kesan tekanan mindanya yang sekian lama diperah, dijajah oleh tuan yang bersultan di mata dan beraja dihati?

Begitu juga dengan keadaan negara kita, negara akan bebas sepenuhnya jika tiada gangguan dari negara kuasa besar, minda rakyat tidak dijajah, perpaduan kaum kukuh dan mantap, dan politik, ekonomi, dan keselamatan negara sentiasa stabil.

Monday, August 30, 2010

Tersilapkah Aku?





Salam hormat dan rahayu.



Ibu mana tidak luluh hatinya, dan ayah mana tidak sedih serta marah bila lihat anak kesayangan mereka berusia 15 tahun terlantar di hospital akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul oleh polis. Mangsa itu membonceng motosikal kawannya dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik saja makan di sebuah kedai akan di Ketereh di jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.47 pagi pada 20 Ogos 2010 lalu.



Dipercayai penunggang motosikal bersama pembonceng itu tidak memberhentikan kenderaannya setelah polis yang sedang bertugas mengarahkan mereka berbuat demikian. Polis tersebut terus bertindak terburu-buru mengakibatkan mangsa (pembonceng) terkena pukulan lalu tersembam di muka jalan raya. Anak itu cedera parah dan koma di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.





Peristiwa ini mengingatkan kita kepada peristiwa dimana seorang remaja ditembak mati oleh polis di Shah Alam ketika memandu kereta menuju ke rumahnya. Kes tersebut masih lagi dalam prosiding mahkamah. Pernah kata orang tua, berfikirlah sebaik-baiknya sebelum membuat sesuatu tindakan, kerana impilkasinya amat tinggi risikonya.






Sesuatu tindakan atau apa jua bentuk lakuan jika tidak setimpal dengan perbuatan dan tidak pula letak sesuatu itu pada tempatnya, maka zalim namanya. Zalim itu perbuatan yang tidak diterima oleh manusia atau masyarakat. Justeru, bertindaklah ke atas sesuatu itu dengan penuh bijaksana.

Saturday, August 28, 2010

Sangsikah Kita?





Salam hormat dan rahayu.


Maruah agama, diri, keluarga, bangsa dan negara perlu malah wajib dipelihara. Tidak mungkin negara kita menjadi taruhan dan dipersenda oleh negara asing dengan sewenang-wenangnya. Negara kita negara berdaulat dan berperlembagaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu. Setiap negara perlu saling menghormati kedaulatan antara satu sama lain dan saling mengekalkan hubungan politik yang baik.


Negara kita sentiasa mengadakan hubungan politik dan sosio-ekonomi dengan negara-negara jiran dan negara kuasa besar, para pemimpin bagi setiap negara sering mengadakan rundingan dan hubungan dua hala untuk kesejahteraan dan kestabilan ekonomi. Pertelingkahan atau konflik dalam kalangan negara yang melampau akan menjejas hubungan baik dan pasti akan menyebabkan gelandangan yang sukar dikawal.



Baru-baru ini melalui beberapa media telah melaporkan ada segelintir rakyat cuba menjejaskan hubungan baik dan menimbulkan konflik antara negara Indonesia dengan negara kita. Situasi ini timbul bermula di kota Jakarta, dan jika tidak dikawal pasti ia merebak dan keadaan menjadi buruk. Ingat, pernah suatu ketika negara kita telah berkonfrantasi dengan Indonesia, Bung Karno ketika itu adalah Presiden Indonesia telah mengisytihar perang dan ganyang ke atas negara ini. Apakah kita mahu peristiwa ini berulang kembali?


Di peringkat pemimpin negara, mereka saling mengekalkan hubungan baik untuk kebaikan dan kesejahteraan rantau di ASEAN ini. Apakah ada orang ketiga yang cuba melaga-lagakan keharmonian kita? jika silap langkah kita membuat keputusan, akibatnya merana.

Tuesday, August 17, 2010

Parahnya Alam.



Salam hormat dan rahayu.


Hadirnya bencana tiada boleh dihalang kerana sudah tentu ada hikmahnya, semuanya itu sudah ada ketetapan daripada Ilahi. Letupan gunung berapi, tsunami, banjir besar, dan gempa bumi adalah antara bencana yang menyebabkan banyak harta benda musnah dan nyawa terkorban.




Sesuatu kemusnahan alam itu sudah pasti ada sebab dan akibat mengapa ianya terjadi. Apakah ianya terjadi disebabkan faktor alam atau kerakusan manusia untuk menguasai alam sejagat ini? Negara-negara berkuasa besar bersaing mencipta tenaga nuklear dengan tujuan tertentu dan membuat ujian berulangkali sehingga alam ini tidak lagi sempurna.




Manusia jika terlalu bersikap angkuh dan terlalu zalim dalam kalangan mereka sehingga saling benci membenci, bermusuhan dan melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya sudah pasti kemanusiaan terabai dan menerima pembalasan Allah tanpa dugaan. Hidup masyarakat pincang sana sini, emosi tidak terkawal, ekonomi negara semakin merosot, berlakunya rasuah dan penindasan, kesopanan dan kesusilaan sudah tidak ada lagi.


Hancurnya dunia ini disebabkan oleh perbuatan dan minda manusia yang sering mencipta sesuatu yang baru sehingga lupakan akan keselamatan makhluk yang ada di bumi ini. Apatah lagi ciptaan itu bertujuan untuk menguasai dunia dan menghapuskan etnik sesuka hati.

Saturday, July 31, 2010

Ceria atau Derita.




Salam hormat dan rahayu.


Kita perlu menjaga kesihatan diri dan mengamal gaya hidup sihat dan aktif. Penjagaan kesihatan yang rapi amatlah penting untuk menjamin generasi muda sentiasa ceria, cergas dan produktif. Hal ini penting kerana golongan generasi muda inilah yang akan mewarisi dan sebagai penyumbang kepada pembangunan negara pada masa yang mendatang.


Manusia boleh dikategori kepada tiga bentuk tubuh badan iaitu endomorphy, ectomorphy, dan mesomorphy. Seseorang itu akan kelihatan terjejas keupayaan fizikal dan personalitinya apabila mengalami antaranya keabnormalan postur, kurang upaya, keabnormalan ortopedik, dan obesiti.

Obesiti atau kegemukan adalah masalah yang sering dialami dalam masyarakat negara kita ini. Seseorang itu dianggap obes sekiranya Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) berada dalam julat 30 hingga 39.9. Sekiranya julat BMI seseorang melebihi 40, dia dilabelkan sebagai lampau obes.


Rujuk dan dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan, usah makan yang sedap tanpa kawalan, makanlah makanan yang berkhasiat. Pengambilan mineral secara berlebihan akan menimbulkan berbagai dan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan. Sebagai contoh, pengambilan mineral natrium klorida yang berlebihan mengakibatkan hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Begitu juga, pengambilan kromium secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan pada rangkaian sel DNA.




Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam secara berkala untuk mengekalkan ketahanan mental dan kardiovaskular. Libatkan diri secara aktif dengan mana-mana pertubuhan dan permainan yang aktif dan sihat. Jangan lupa amalkan ibadah, latihan keruhanian, dan apa jua meditasi yang membolehkan jiwa menjadi tenang.

Thursday, July 29, 2010

Rezeki tetap ada, jika ia dicari.




Salam hormat dan rahayu


Orang tua pernah berkata, 'ulat di dalam batu boleh hidup, inikan pula manusia biasa', apatah lagi semut hitam boleh mencari haluannya, walaupun di atas batu hitam dimalam yang gelap gulita. Justeru, rezeki boleh diperoleh dimana saja, cuma perlu berusaha, berikhtiar dan pasrah kepada Ilahi.



Carilah rezeki dimana jua, selagi bernafas, gunalah akal, kebolehan, kemahiran, dan kebijaksanaan yang Allah anugerah dan diredhaiNya. Janganlah melampaui batas hingga lupa diri, hingga lupa Ilahi, selalunya manusia lupa segalanya pabila sombong, bongkak, dan gah. Yang penting cari rezeki yang halal dan tidak memusnahkan kehidupan orang lain.






Mantan PM Tun Mahathir pernah berucap, Manusia mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu Kaya tetapi Melayu mudah lupa, Melayu haprak, itu pun melayu mudah lupa, Melayu ditindas itu pun juga mmmmmmmmelayu tetap mudah lupa..sampai bila hendak mudah lupa, lupa segalanya, sehingga suatu hari nanti Melayu akan jadi pelarian ditempat sendiri, sebagaimana berlakunya penindasan ke atas rakyat palestine oleh Israel hinggalah sampai hari ini.

Tuesday, July 20, 2010

Risiko Tetap Ada.




Salam hormat dan rahayu.


Perkara : 29, berkaitan dengan Pendidikan, mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak, menjelaskan bahawa kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan dan menjadi kewajipan negara untuk memastikan bahawa mereka mendapat pendidikan utama secara percuma. Di samping itu setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan, dan pembangunan sosial. (Ini termaktub dalam perkara 27: Taraf hidup).





Ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab besar dan utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, serta keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu. Justeru perlulah prihatin bukan saja kominiti kecil malah semua warga dan pemimpin tidak terlepas pandang mengenai hal ini.




Tidak akan berubah nasib seseorang, atau sesuatu bangsa melainkan seseorang atau bangsa itu sendiri yang mengobahnya, satu-satunya cara ialah melalui pendidikan, anak-anak wajib iaitu tidak boleh tidak diberi pendidikan agar mereka berilmu dan dapat mengejar cita-cita tinggi mereka.


Kanak-kanak perlu celik akal dan mengikut perkembangan semasa dan memperoleh pembelajaran wajib termasuk ICT supaya tidak ketinggalan oleh arus globalisasi pendidikan. Kanak-kanak perlu menerima pembelajaran yang sistematik supaya mereka dapat diperkembangkan secara menyeluruh dari aspek yang terkandung dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan.


Apakah kita hanya melihat dan membenarkan kanak-kanak mengalami keciciran atau tidak mendapat sebarang pendidikan secara berterusan? Sudah tentu tidak, anak-anak akan bakal meneruskan perjuangan dan pemerintahan negara, sekiranya mereka hidup terbiar, nasib mereka tidak terurus dan terbela, sudah pasti negara akan mengalami ketandusan rakyat yang bijaksana dan berpendidikan tinggi.

Saturday, July 17, 2010

Sengketa Manusia Bikin Hidup Merana.




Salam hormat dan rahayu



Sengketanya manusia selalunya membawa kemusnahan pada alam kehidupan sejagat. Jarang sekali ianya membawa keharmonian. Lihat apa yang berlaku pada dunia hari ini, perang sana sini, konflik kemanusiaan tiada henti sehingga membawa kematian, kesengsaraan hidup, dan ketamadunan manusia sudah semakin hilang.



Pembunuhan sesama sendiri, malah dalam negara mahupun luar negara sudah tidak terkawal. Kekejaman Israel terhadap Palestine hingga kini tiada hentinya, seolah-olah nyawa manusia umpama debu yang berterbangan tiada siapa yang peduli. Kuasa Israel keturunan Yahudi begitu kental dan dibantu pula oleh kuasa besar untuk menghapus etnik palestine malah untuk menguasai dunia maya ini seterusnya.




Kebanyakan mereka berbangsa Yahudi yang menetap di Eropah Timur tidak dibenar sama sekali keluar dari kawasan yang dinamakan "Pale of Settlement" terletak di sempadan barat negara Rusia. Untuk pengetahuan umum, kaum Yahudi terutama berbangsa Khazar terkenal dengan kebudayaan Yiddish yang sentiasa gelojoh dalam menangani urusan-urusan kewangan tanpa menghiraukan adab tertib dalam budi bicara mereka.

Berbanding pula dengan golongan Yahudi yang dinamakan "Biblical Hebrews" yang bersikap sederhana umumnya mereka adalah orang-orang dusun tidaklah boleh dikelirukan dengan kaum Yahudi yang menetap di kawasan "Pale of Settlement". Apa pun jua sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi telah memainkan peranan yang begitu licik sehingga banyak negara-negara di dunia ini tunggang langgang, hutang nasional yang tidak terkawal sehingga menimbulkan peperangan dan jatuh muflis.
Hati nurani manusia semulajadinya ingin ke arah kebaikan dan memerlukan keharmonian hidup, cuma setan atau iblis-iblis yang menjiwai manusia mahukan kehancuran dan kemusnahan. Justeru kita perlu berganding bahu dengan apa jua kemahiran dan daya fikir serta kemampuan memerangi mereka yang bergelar "Bangsa Perosak di Muka Bumi" ini.

Sunday, July 4, 2010

Emosi - Urus atau Lupus.




Salam hormat dan rahayu

Bila emosi tidak dapat diurus, segala perkara yang tidak elok sukar dilupus. Banyak perkara di dunia ini dan banyak tempat berlakunya kemusnahan di sana-sini tanpa kawalan, kesemuanya ini kerana gagalnya manusia mengekal keharmonian dan mengukuhkan kestabilan hidup sesama sendiri.





Kebanyakan negara tidak semua mengalami konflik pentadbiran, ekonomi, sosio-budaya, dan politik yang sukar dikawal. Sebagai contoh pergolakan dan reformasi rakyat di Thailand, konflik etnik dibeberapa buah negara barat dan Asia Timur menggambarkan bahawa ketidakstabilan jiwa manusia yang tidak dapat mengekalkan keamanan alam sejagat ini.



Kekejaman dan penindasan Israel terhadap penduduk Gaza, Palestine tidak dapat dibendung lagi, malah bermaharajalela tanpa peri kemanusiaan, apatah lagi disokong dan dibantu oleh kuasa besar seperti negara Amerika. Justeru kekejaman ini tiada nokhtahnya, dan keadaan ini boleh berlaku dimana-mana, termasuk dinegara-negara yang sedang membangun.


Pemimpin yang rakus tidak akan henti-henti bertindak untuk menguasai dunia material ini dan pasti akan buat apa saja supaya hajatnya tercapai. Ada yang sanggup menggadai maruah diri dan negara, ada yang bersekongkol dengan musuh negara bagaikan musuh dalam selimut, menggunting kain dalam lipatan, malah hipokrit dan tidak jujur dalam dirinya, membiarkan rakyat kemelaratan sehingga menimbulkan konflik perkauman dalam kalangan mereka.


Apakah kesemuanya ini dibiar begitu sahaja, supaya mereka bertindak sewenang-wenangnya bagaikan membujur lalu melintang patah? Tuhan sangat marah kepada mereka yang melampaui batas, jika rakyat tidak berani bertindak atau bersatu menentang kezaliman siapa lagi, ingat, Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri perlu berusaha merobahnya.