Salam hormat dan rahayu.
Alam semesta dicipta Tuhan amat seni dan indah sekali. Apa jua seni, sama ada seni tampak, seni rupa, seni halus, seni teater, seni puisi, seni bela diri, seni tari, mahu pun seni muzik, perlu dipelajari dan dihargai. Sekiranya kamu mempunyai bakat yang dianugerah oleh Ilahi, jangan dipersia-siakan begitu saja, asuhlah dan hendaklah kamu berlatih berterusan untuk memperoleh kemahiran yang berkualiti tinggi.
Antara seni yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup kamu ialah seni muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam sejagat. Justeru setiap sesuatu boleh berkomunikasi melaluinya. Apa itu muzik? ini dapat dimaksudkan sebagai berikut:
" Muzik adalah nada atau bunyi hasil dari getaran sama ada tinggi atau rendah, panjang atau pendek tersusun indah dan ada nilai-nilai estetika, serta ada rahasia ketuhanan di situ."
Burung berkicauan itu muzik, desiran ombak dan angin bayu laut itu boleh dikatakan muzik sejagat, dan kedengaran hujan atau tetesan air mengalir juga dikatakan muzik, Muzik boleh membangkitkan semangat patriotik, juga boleh membuat orang sedih, menangis, ketawa, dan mengimbau peristiwa silam.
Muzik juga boleh mengubat jiwa. Yang penting di sini, jangan lupa siapa Pencipta Muzik sebenarnya iaitu Tuhan yang menguasai segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment