Wednesday, October 7, 2009

Suara Hati 5


Salam hormat dan rahayu,

Apabila manusia saling menyalah dan berkonflik tanpa asal usul, manusia akan lupa kemanusiaan. Justeru, manusia sukar berbaik sangka, kerana untuk memulai sengketa amat mudah, tetapi untuk kembali asal kepada kebaikan, begitu payah sekali.

Lihat, apa yang telah berlaku antara Israel dengan Palestine, antara Iraq dengan Amerika, malah mana-mana pihak pun yang terlibat akan kecundang atau saling berdendam secara berterusan sekiranya tidak ada sebarang langkah untuk
mencegahnya.


Memang mudah untuk mencetuskan api kemarahan, memang senang mewujudkan peperangan dalam kalangan jiwa manusia, sehingga menghasilkan kemusnahan dan banyak jiwa terkorban, apakah ini yang kita mahu?.




Hati kotor dan budi yang rosak saja yang sukakan peperangan dan kemusnahan tanpa belas kasihan. Jiwa mereka sudah gelandangan, dan tidak dapat dibantu akibat keangkuhan, kesombongan, dan bersifat keiblisan. Hancurlah peradaban manusia, musnahlah keluhuran budi, kucar kacir setiap institusi, keharmonian hidup manusia sudah tidak ada lagi.




"Di dalam tubuh manusia itu, ada seketul darah, jika darah itu baik maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor maka kotorlah manusia itu. Sesungguhnya ketulan darah itu adalah hati."

No comments:

Post a Comment