Tuesday, October 20, 2009

Menarik Perhatian.



Salam hormat dan rahayu.

Apakah rahasia ketuhanan banyak tersimpan dalam diri wanita? zahirnya Adam ke alam nyata, persis akibat godaan hawa, bagi mereka berjiwa agama tulen, pasti ia merupakan kebenaran. Sudah menjadi lumrah alam , bahawa wanita pelengkap bagi lelaki, manakala lelaki pula pelengkap bagi wanita. Justeru mereka saling mencari dan sentiasa berpasangan.



mereka bertatu untuk kelibatan cantik

Wanita kini, mempunyai personaliti tersendiri, mengikut adat dan budaya masing-masing. Untuk kelihatan cantik dan menarik, pelbagai kaedah digunakan, antaranya bersolek, bertatu, dan bertingkah laku baik, serta berpakaian rapi. Apa yang penting disini ialah mencari apa jua jalan untuk memikat lelaki sebagai pelindung sepanjang hayat hidupnya.



Bagi sesetengah etnik, mereka menerima seni bertatu sebagai satu budaya sosial. Justeru tidak heran di negara ini seni bertatu itu sudah mulai diterima oleh anak remaja. Apakah semuanya ini menjadi trend yang diterima pakai oleh budaya masyarakat kita? perlulah kita berfikir bersama untuk menangani masalah ini.

2 comments:

  1. di indonesia, jogjakarta misalnya, ada yang digelar "masberto" iaitu masyarakat bertatu. selalunya mereka ini golongan seniman, dan budayawan. Bagi mereka tatu itu adalah satu seni. hal yg lain bila bertatu dianggap suatu hal yg edan. apa pandangan saudara?

    ReplyDelete
  2. Salam hormat dan rahayu.

    Terima kasih kerana ulasan saudara.
    Seni itu terlalu subjektif dan abstrak, untuk memahaminya ia memerlukan jiwa halus dan penghayatan sepenuhnya.

    Apa jua seni, sama ada puisi, teater, seni halus, seni muzik, seni tampak, seni bertatu, dan seni kebatinan, kemuncaknya adalah ke arah jalan ketuhanan.

    Masing-masing mempunyai tanggapan tersendiri. Bagi pandangan saya yang kerdil ini, sesuatu itu dianggap edan apabila sesuatu itu seiring tetapi tidak bertemu.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete