Salam hormat dan rahayu,
Setelah taufan patma dan taufan kitsana melanda negara Filipina, seluruh kawasan lumpuh dan terjejas, banjir berlaku tanpa diundang serta kemusnahan harta benda dan jiwa tidak dapat dielakkan. Anak-anak kelaparan, menangis, mencari tempat berlindung, keadaan sudah tidak terkawal. Sana sini kelihatan tempat kediaman tenggelam akibat air melimpah ruah, dan mereka semuanya ini perlu bantuan kemanusiaan.
Apakah manusia akan saling berdiam seribu bahasa? atau bergegas memberi bantuan segera bagi menyelamatkan mangsa taufan. Naluri semulajadi manusia tendesinya ke arah kepada kebaikan, justeru beberapa langkah keselamatan perlu diambil secara serius.
Apa jua keperitan hidup mahupun menghadapi bencana alam, manusia perlu sabar. Bila seseorang manusia ditimpa bencana atau musibah, jiwa perlu tabah dan cuba mengatasinya dengan penuh kesabaran. Sesungguhnya dengan memiliki sifat kesabaran, manusia itu tidak mungkin akan menempuh perasaan putus asa atau kecewa dalam hidupnya.
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan teguhkan kesabaran kamu dan tetaplah bersedia (menempuh ujian) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (Al Imran : 200)
Salam Tuan,
ReplyDeletenyatalah bahawa paksi pada segala sifat-sifat mahmudah itu terletak pada Taqwa seseorang hamba. jika Taqwa, zahirku dan batinku jadi lurus selurus kehendak Allah. namun, untuk mencapai tingkat Taqwa , perlu juga aku terlebih dahulu membina sifat-sifat mahmudah itu dengan sekudrat manusiawiku. setelah kubina mahmudah itu, perlu aku istiqamah. jika ada RahmatNYA, maka tergolonglah aku dalam golongan Muttaqin. mana mungkin ALLAH anugerah taqwa padaku jika aku tidak usaha ke arah itu. kerana rahmat ALLAH tentu ada syaratnya.Namun, memang boleh ALLAH anugerah rahmat pada sesiapapun yang dikehendakiNYA. Ya Allah, jadilah aku golongan yang KAU kasihani..
Salam dan rahayu,
ReplyDeleteTerima kasih atas ungkapan saudara,
untuk mendapatkan ketetapan jiwa, sesorang itu perlu bermujahadah, dapat menguasai tujuh peringkat nafsu. Justeru, saya cadangkan saudara mencari rahasia martabat tujuh, kerana terdapat banyak rahasia ketuhanan di situ.
Apa jua hajat dihati, mohonlah kepada Ilahi, kerana Dia Maha Menguasai Segala Sesuatu dan Maha Pemakbul.
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan dirimu (wasilah) kepadaNya, dan jihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan". (Al Maidah : 35).