Salam hormat dan rahayu.
Antara proses sistem perkumuhan tubuh badan ialah membuang air kecil. Apakah ini boleh menjadi isu besar dalam hidup makhluk manusia di alam maya ini?. Anak kecil perlu diawasi, supaya bersih daripada air kencing miliknya sendiri. Bagaimana pula dengan anak remaja dan orang dewasa. Adakah boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Memang tidak elok membuang air kecil sesuka hati di merata tempat.
Alat kencing berdiri.
contoh alat kencing berdiri
kencing berdiri di tepi jalan
Ada kata pepatah mengatakan ' Jika guru kencing berdiri, pasti muridnya kencing berlari'. Apakah ini hanya sebagai retorik sahaja, atau malahan ia benar-benar berlaku. Pelbagai cara manusia cuba memudahkan mereka untuk membuang air kecil di kawasan terdesak, seperti di kawasan padang, di jalan raya, perkhemahan, pusat membeli belah, dan semasa ketika rusuhan.
Kebanyakan di negara barat, kaum wanita sering kelihatan membuang air kecil sambil berdiri di kawasan lapang. Membuang air kecil sambil berdiri di mana jua sudah menjadi amalan biasa. Mereka tidak segan silu, tetapi tetap memikir dan mengekalkan kebersihan. Alat dicipta khas untuk tujuan tersebut, ringkas dan mudah dibawa kemana saja.
Salam Silaturrahim.
ReplyDeleteZaman akhir ini, manusia dan haiwan sudah tiada beza, contohnya anjing yang kencing berdiri dan merata-rata di tempat terbuka sudah ditiru oleh manusia. Canggihnya manusia kencing menggunakan alat rekaan terbaharu bukanlah suatu yang aneh lagi apabila nanti tercipta pula alat untuk menghindari bau hanyir seperti pasir wangi untuk kucing membuang najisnya di dalam sangkar yang akan ditiru oleh manusia bertamadun. Alasan yang logik diberi ialah menjimatkan air, mengatasi pencemaran alam, teknologi mesra alam dsbnya.
Salam bicara,
ReplyDeleteTerima kasih atas ulasan tuan,
Sekiranya nafsu mengatasi akal berfikir, pasti aturan dunia dinodai serakus mungkin. Peradaban yang baik sudah tidak lagi menjadi ikutan manusia. Malahan manusia bertindak melulu tanpa alasan yang rasional.
Salam Hormat.
Bicarawahyu.