Sunday, October 4, 2009

Bencana Alam


Salam hormat dan rahayu,

Bencana alam hadir tanpa diundang, bagaikan mimpi ngeri menjadi nyata, sudah tentu banyak kemusnahan alam, kehancuran tempat tinggal, dan sekian ramai yang tewas. Tewas maksud disini ialah terkorban jiwa, mati atau terbunuh.


Saat ini peristiwa gempa bumi masih baru terjadi di Padang, Sumatera, justeru, penduduk yang terselamat amat trauma dan sedih dengan kejadian tersebut. Manakala di Filipina, seluruh bandar Manila lumpuh, akibat serangan taufan. Ramai mangsa terbunuh, banyak harta benda hilang.


Apabila kekurangan makanan di sana sini, anak-anak mahupun orang dewasa kelaparan dan inginkan bantuan. Ini juga termasuk bantuan perubatan kerana terdapat ramai mangsa yang tercedera. ketika ini emosi tidak terkawal, justeru jiwa perlu tabah, sentiasa jujur pada diri sendiri, pasrah kepada Ilahi, semoga kesengsaraan dan keperitan hidup akan berlalu begitu saja.




Menurut Ranggawarsita, zaman edan atau kalathida, akan diikuti zaman keemasan. Yakni suatu zaman yang disebut kalasuba. Datangnya masa keemasan sebagai akhir kalabendu diramalkan sebagai berikut ;

Berakhirnya zaman edan, besok kalau sudah ada pendeta, selalu berdoa kepada Tuhan yang Esa, berikat pinggang dari tanah laksana orang gila, berjalan kian kemari dengan telunjuk menghitung jumlah semua orang.



Masa itu berakhirnya kalabendu (zaman kena murka Tuhan), berganti dengan kalasuba (zaman keemasan), rakyat jelata dapat tertawa girang, tiada kekurangan makanan dan pakaian, semua keinginan tercapai.


"Dan setiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalung) pada lehernya." (Al Israa' : 13).

No comments:

Post a Comment