Tuesday, July 14, 2009

mencari keakuan aku (2)

Salam hormat dan rahayu,
Allah swt merahmati kalian,

Ingat aku, ingat tuhan, ingat tuhan, ingat aku, justeru hadir keabadianku, apakah manusia sering menyalahi, apakah manusia utamakan materialistik, gelojoh kebendaan hingga lupakan kemanusiaan, jiwa baik ditempik, jiwa jahat di pakat, ngakuinya suci, sucinya palsu, bahkan wira hilang keperwiraannya, wanita hilang kewanitaannya, mana mungkin semuanya ini memuncak kesempurnaan abadi atau hampiri kehancuran zaman, apakah manusia lupa diri hinggakan lupa Ilahi, pencipta roh suci.

aku sendiri mencari keakuan aku, aku sendiri mencari ketuhananku, sesungguhnya Tuhan itu, sebelum ada alam kosong ini, telah berada dalam nukat ghaib, ibarat huruf alif bersifat wajib al-wujud, berada pada manusia yang telah kesatuan dengan Tuhan, tiada beda baginya di dunia dan di akhirat. Apabila dua rahsa wujud satu rahsa, maka wujud ketenangan, justeru dalam ketenangan adanya ketuhanan. Aku mendirikan singgahsana dalam tubuh manusia yang Aku namakan dada. Dalam dada ada kalbu, dalam kalbu jantung, dalam jantung budi, dalam budi jinem, dalam jinem suksma, dan dalam suksma ada rahsa, itulah Aku.

Dada singgahsana Islam, kalbu singgahsana iman, jantung singgahsana makrifat, budi singgahsana zikir, jinem singgahsana musyahadah. Maksudnya musyahadah ialah mengetahui bahawa Allah swt melihat rahsa.
Sebenarnya untuk mencapai ilmu kesempurnaan, perlulah leburkan nafsu. Apabila dapat menindas dan meluluhkannya, biasanya akan memiliki hati yang waspada dan sentiasa beringat. Justeru, perlu rajin amal keruhanian, suci, jujur, mengurangi makan minum, menahan syahwat, mengurangi tidur, dan mengurangi bicara.
Aku sendiri mengalaminya, waktu aku mencari keakuan aku, aku telah melalui alam samadi, malahan aku sendiri lalui alam patigeni. Ingat tuhan mestilah berterusan, tiada nokhtah, tiada titik, infiniti, sedetik, senadi, dan senafas.
" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku. " ( Toha : 14 ).

6 comments:

  1. TQ, one day you're will be a part of suficism and explore to about it...insyaAllah.
    wahyujatmika.

    ReplyDelete
  2. semasa aku mencari keakuan, aku takut sesat. dalam mendepani kesesatan, aku paling takut aku tidak kenal kesesatan itu. aku bimbang aku nanti sesat tanpa tahu. doakan aku sahabat, semoga dalam mencari kebenaran hakiki, tidak tergelincir kakiku.. wassalam..

    ReplyDelete
  3. salam dan rahayu
    malay-machista,

    kesesatan itu adalah batil, batil itu dilupus oleh kebenaran, justeru itu, carilah kebenaran iaitu alHaq, Maha Suci, Maha Esa, Cahaya Kebenaran.
    "Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi Al-Quran,dari sisi Allah Yang Maha Bijaksanalagi Maha Mengetahui". (An-Naml:6).
    ..."Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu di dalam hatimu,dengan merendahkan diri serta dengan perasaan takut dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai". (Al-A'raf:205).
    Zikrullah meliputi dua dimensi iaitu (1) dimensi vertikal,yakni langsung terus menuju kepada Allah, yang biasa disebut hablun minallah, dan (2)dimensi harizontal, yang biasa disebut hablun minannas.

    salam hormat,
    bicarawahyu..wahyujatmika.

    ReplyDelete
  4. aku mencari aku melalui ilmu sungguh aku mendalami ilmu dengan berapi-api kerinduan. aku melihat aku lebur di dalam fikir namun aku direntap kelalaian. aku mengenal aku pada ilmu namun tidak pada pengalaman... sedih.... sabar .... berserah...?.....? ......?

    ReplyDelete
  5. salam hormat dan rahayu.

    Terima kasih fakir nusantara.

    Saya terbaca kitab Tazkiratul Auliya' (62 wali Allah)antara isinya mengenai 62 para wali yang meleburkan diri dengan melalui pendekatan masing-masing, tetapi tujuannya satu iaitu mencari Pencipta diri.

    Risikonya tinggi, dan ini kesemuanya ada ketetapanNya.

    Bicarawahyu
    wahyujatmika.

    ReplyDelete