Saturday, July 18, 2009

Jiwa Pencinta Seni

Salam hormat dan rahayu,
Allah swt merahmati kalian.
Seni itu jiwa, jiwa halus yang berkecenderungan memuja keagongan Tuhan. Jiwa yang memberontak mencari kebenaran, jiwa telus yang bersatu dengan alam, bersatu dengan keruhanian, malahan kemuncaknya menuju ketuhanan. Ramai insan mencari ketuhanan melalui pelbagai pendekatan, hati kecil setiap insan tidak dapat menafikan bahawa suatu hari nanti diri ini akan bertemu dengan Pencipta Segala Sesuatu. Pendekatan yang bagaimana untuk mencapaiNya, ada insan melalui diri dalam diri, ada insan tercari-cari lalu ke pesantren atau belajar sistem pondok, ada yang mencari hakikat insan, begitu luas sekali, malahan manusia sejagat mencari dengan gerak hatinya, sama ada melalui seni keruhanian, seni kebatinan, seni muzik, seni rupa, atau seni tampak, seni bina, seni tari, dan seni puisi, bahkan apa saja seni, kesempurnaannya adalah menzahirkan keindahan seni Pencipta Agong Allah swt.

Rahsia ketuhanan itu dapat diperoleh melalui seni, antarannya seni keruhanian, seni kebatinan, dan seni muzik. Apa itu muzik?, muzik yang bagaimana, apakah melalui muzik ritual dan apa jua jenis muzik dapat menentukan hasrat tercapai?...pabila disebut muzik, muzik itu sendiri mempunyai maksudnya tersendiri...muzik itu adalah bunyi, terhasilnya akibat getaran, dan nadanya tinggi atau rendah, pendek atau panjang, tersusun indah yang mempunyai nilai estetika atau keindahan, berkomunikasi dengan alam dan manusia, ada rahsia ketuhanan di situ.
Wolfgang Amadeus Mozart
Nama seperti Wolfgang Amadeus Mozart (27 Januari 1756 - 5 Dis. 1791), adalah penggubah muzik klasikal Eropah dari Austria yang terkemuka. Hasil karya beliau telah menjadi sebahagian dari standard untuk repertoir konsert-konsert simfoni orkestra hingga ke hari ini. Hasil gubahan Mozart, dapat mempengaruhi jiwa manusia ke jalan keharmonian sejagat.

Johan Sebastian Bach
Begitu juga, Johan Sebastian Bach (21 Mac1685 - 28 Julai 1750), penggubah muzik dan pemain organ Jerman yang prolofik. Karya keagamaan, ketuhanan, dan sekularnya dihormati kerana bersifat intelektual dan mempunyai keindahan seni. Antara karyanya, Konserto Branden Burg, Penawaran Muzik, Seni Fiug, dan Mass dalam nada B minor. Beliau merupakan tokoh terkemuka dalam peralihan muzik era barok ke muzik era klasik.

George Friedrich Handel

Penggubah muzik terkemuka, anak kelahiran Jerman iaitu George Friedrich Handel (23 februari 1685 - 14 April 1759) dilahirkan di bandar Halle di Saxony, Anhaltlle Jerman, terkenal dengan karyanya Messiah, Seni Oratorio, dan Giove in Argo (1739). Anugerah bakat, dan kebolehan yang diberi oleh Tuhan perlu dimanfaatkan untuk masyarakat dan alam, supaya mereka dapat menghayati keagonganNya. Contoh pelukis terkemuka dunia seperti Leonardo da Vinci (1452 - 1519), Matthew Maury (1452 - 1519), dan Blaise Pascal (1623 - 1662; religous philisopher, dan ahli mathematic Prancis), hasil gubahan mereka hingga kini menjadi tempat rujukan pada para pencinta seni.



Karya Bruegel :Seni Rupa



Bruegel : Icarus.

Pelukis dan juga ahli seni rupa yang hebat iaitu Bruegel asal dari Belgia, terkenal dengan mencipta hasil seni yang melambangkan kesatuan harmonis alam semulajadi dan masyarakat manusia, dan hubungan material dengan spiritual. Antara hasil beliau ialah, 'Paysage Italian' (1552), dan ' Les gros poissons mangent les petits ' (1556) bermaksud, Ikan-ikan besar makan ikan-ikan kecil.

Apa jua hasil seni, mereka ini ada saling hubung dengan jiwa halusnya, yang terlalu subjektif dan abstrak. Apatah lagi dengan adanya hubungan seni mereka dengan Pencipta Agung, perlu ada self hypnosis, visualisation, dan ilham dari Pencipta Alam.

" Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini ". (Al - Mukmin : 17).

2 comments:

  1. Al-Quran adalah manisfestasi seni paling agong, jika tidak masakan bait-bait yang zahirnya hanya perkataan boleh menusuk dikalbu, menimbul insaf, mengancam jiwa yang sesat, memujuk hati yang tunduk, dan menggembirakan hamba yang tulus....
    Aduhai, mencari Mutmainnah sudah begitu sukarnya, bagaimana mengejar Raadiatam Mardziah...

    ReplyDelete
  2. salam dan rahayu,

    Al-Quran,juga disebut Al/Furqan, adalah kalamullah, mengandungi 6236 ayat, yang kebiasaan diketahui umum mengatakan 6666 ayat, terhimpun dalam al-fatihah, al-fatihah terhimpun dalam Qulhuallah, justeru Qulhuaalah terhimpun dalam alif...merupakan bicara Maha Bijaksana menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman.
    " Dan kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada 0rang-orang yang zalim selain kerugian". (Al Isra : 82).
    Hapuskan Ammarah,Lawwamah,Muhalmah,..nah, barulah menuju peringkat mutmainnah...seterusnya bukan saja ke arah riaadatam Mardzian, bahkan terus maju ke insan KamilMukamil...(makam tujuh).Untuk ini, ia memerlukan pengorbanan melalui pelbagai seni latihan ruhaniah.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete