Saturday, July 25, 2009

Suara Hati ( 3 )


Salam hormat dan rahayu,

Apa jua tindakan dan lakuan memang mudah dilakukan, apatah lagi setiap tindakan itu tanpa tujuan dan teliti. Namun begitu, hidup ini hanya sementara, justeru solat jangan ditinggalkan, ibadah perlu dipertingkatkan, peliharalah hubungan sesama insan, cintailah Ilahi kerana ianya cinta yang pasti.

Seringkali aku melihat alam langit mencari sesuatu, sering juga aku merenung dalam jiwaku ini, apakah aku mendapat cinta yang suci, apakah benar tiada cinta tanpa pengorbanan, dan tiada pengorbanan tanpa cinta.

Menangis aku sendirian, kerana dunia ini penuh kepalsuan, ramai manusia bersikap ganjil, orang baik-baik dipencil, orang jahat dinaikkan pangkat, janji sendiri tidak ditepati, malahan melanggar sumpahan sendiri.

Dewasa ini, ramai wanita tidak setia, ramai perawan tua tanpa teman, manusia saling menyalah, bapa lupakan anak, anak lupakan bapa, anak dibuang tanpa belas kasihan, ramai wanita jual tubuh, hingga hilang kemanusiaan.

Apakah pemimpin resah gelisah, hingga lupa membuat jasa? apakah mereka berjiwa Rasullulah? jika rakyat gembira dengan kepemimpinan mereka yang tulus, pasti pemimpin itu dicintai mereka.

Tidak lupa aku kepada Pencipta, kerana aku diciptaNya. Justeru, aku pencinta kepadaNya. Pencinta ke yang diCinta taat dan patuh.

4 comments:

  1. salam saudara,
    saudara kaya dengan pengalaman, harap terus ditumpahkan sedikit sebanyak dalam blog ini.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam dan rahayu,

    terima kasih atas maklum balas saudara, berkongsi maklumat dalam kalangan kita semua amatlah perlu untuk kebaikan kemanusiaan sejagat.

    salam hormat.

    ReplyDelete
  3. salam zakir yang fakir ..... tuan kaya dengan ilmu dan pengalaman..,

    pada pendapat saya,,,,, jika keresahan melanda diri kerunsingan dunia menjadi bekuan di dalam hati masalah mereka aku terasa beban yang di pikul akhirnya aku mengatur langkah melihat hakikat segalanya ketentuan Dia...sesungguhnya alam bukan urusan ku. urusan ku ialah membebaskan diri daripada menjadi hambaNya....

    ReplyDelete
  4. salam rahayu

    terima kasih atas pendapat dan pandangan saudara. Kita sebagai manusia biasa sentiasa dilingkungi oleh resah dan gelisah, hanya kekasih Allah terkecuali.

    bila diri ini bersatu dengan Tuhan (bagi mereka yang memahami konsep ini)maka kebebasan boleh dimiliki. Justeru bersama dengan Tuhan adalah kebebasan.

    bicarawahyu.

    ReplyDelete