Salam hormat dan rahayu
Allah merahmati kalian.
Aku terdengar suara yang memerlukan kebebasan, penuh kebenaran...penuh rintihan, merayu kepada Ilahi untuk mendapatkan ketenangan hati. Hidup ini penuh dengan pelbagai cobaan, jika gagal mengatasinya, pasti kecundang kehidupan ini. Jika tersilap langkah kaki berjalan boleh diperbaiki, tapi sekiranya tersilap langkah dalam kehidupan ini buruk padahnya. Ramai bapa lupakan anak, ramai anak tidak mengenang jasa ibu bapa, malahan ramai wanita lahir anak tanpa suami, anak gadis apatah lagi wanita jual tubuhnya, anak yatim dibiarkan, orang alim diketepikan, orang jahat diangkat, hipokrasi dan pengampu menjadi-jadi dan harta milik yang hak, tidak dikembalikan, ini zalim namanya.

Jika ini berterusan, rosaklah masyarakat, rosaklah peradaban. Apakah ini dibiarkan begitu, membujur lalu melintang patah? Suara hati yang telus akan merintih, menangis, memberontak, agar suasana aman tenteram kembali semula. Lumrah hidup sejati, memang kecenderungan hati kecil ini mahukan ketenangan, mahukan keharmonian dalam kehidupan sejagat. Pemimpin adil, keharmonian hidup rakyat terhasil. Pemimpin bagi apa jua institusi, termasuk keluarga hendaklah bijaksana, hendaklah beriman agar kebahagian terlaksana.
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munafiqun : 9).
" Orang-orang yang beriman hatinya tenteram kerana zikir (mengingat, menyebut) kepada Allah, ketahuilah, dengan zikir kepada Allah hati menjadi tenteram." (Al-Ro'du : 28).
No comments:
Post a Comment