Salam hormat dan rahayu.
Allah swt memberkati kalian,
Allah swt memberkati kalian,
Ketahuilah bahawa manusia terdiri daripada dua golongan iaitu, pertama golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan perkara-perkara yang baik di dunia ini, manakala golongan yang satu lagi ialah mereka yang diuji dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Golongan yang mendapat perkara-perkara yang baik itu tidaklah bebas dari dosa dan kegelapan dalam proses menikmati kurniaan tersebut. Mereka ini merasa seronok dengan kurniaan itu, tiba-tiba datang takdir Allah yang menimpa mereka dengan kesulitan dan mala petaka pada diri, atau keluarga, ataupun harta benda. Oleh itu, mereka berasa sedih dan putus asa.
Mereka pun lupa kepada keseronokan dan kebahagiaan yang mereka nikmati dahulu. Bila mereka diberi kekayaan, keselamatan dan kesentosaan, mereka lupa, seolah-olah mereka sangka keadaan mereka berkekalan. Apabila mereka lupa ditimpa mala petaka, lupalah mereka kepada kebaikan yang mereka telan terima, dan seolah-olah kebaikan tidak ada pada mereka. Justeru, semuanya ini adalah tanda mereka jahil dengan tuanNya yang sebenar, iaitu Allah swt.
Jikalau mereka tahu bahawa tuhan Allah itu berkuasa membuat apa saja yang dikehendakiNya, sama ada berkuasa menjatuh atau menaikkan, memberi kekayaan atau memiskinkan, menyenang dan menyusahkan, mengelokkan dan memburukkan, menghina dan memuliakan, menghidup dan mematikan, bahkan apa saja, jika mereka semua tahu ini, tentulah mereka tidak menyangka yang kebahagiaan dan kekayaan yang mereka nikmati itu akan berkekalan, dan sudah tentu mereka tidak bangga dan sombong, ataupun putus asa dan kecewa jika kekayaan dan kebahgiaan itu dihilangkan dari mereka.
Tanggapan mereka yang salah mengenai aturan hidup ialah disebabkan mereka jahil tentang dunia ini. Mereka tidak tahu bahawa dunia ini adalah tempat ujian, tempat berusaha, tempat bersakit dan tempat bersusah payah. Dunia ini ibarat dua lapisan rasa, diluarnya rasa pahit, dan di dalamnya rasa manis. Makan yang pahit itu terlebih dahulu, barulah dapat rasa yang manis. Bersabarlah memakan yang pahit itu dahulu supaya dapat manisnya. Oleh itu, barangsiapa bersabar dengan ujian-ujian dunia ini, akan berhak menerima ganjaran yang baik daripada Allah swt.
Salam tuan,
ReplyDeleteIbnu Abas r.a berkata: bersabda Rasulullah SAW: dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (rugi) olehnya, iaitu sihat dan istirehat (riwayat Bukhari)
pandangan dunia yang tidak berasaskan tauhid, pasti sekali menyesatkan... menyebut keesaan alangkah mudah, tetapi hidup berlandas ruang lingkup hakiki ketauhidan, itu yang sukar..
semoga ALLAH sudi dekat padaku..
wassalam
salam dan rahayu
ReplyDeletemalay-machista,
"Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang taubat, dan mendekati orang-orang yang mensucikan hati dan diri" Al Baqarah:222.
bicarawahyu
wahyujatmika.