Friday, July 24, 2009

Empat Golongan Ahli Kebatinan.



Salam hormat dan rahayu

Manusia berbeda pendapat, apa jua isu, mereka sering bertelagah fikiran, apatah lagi soal keruhanian dan mengenai kebatinan. Ada empat golongan yang boleh dipersoalkan kenapa mereka mempelajari ilmu kebatinan, golongan pertama mempelajari ilmu tersebut kerana untuk mendapatkan kuasa ghaib seperti ilmu kebal, pukau, ilmu gagah, penunduk, mempengaruhi manusia, mendapatkan kekayaan, dan memperoleh kesaktian.
















Golongan kedua, mereka mengkaji diri, iaitu dari mana mereka datang, untuk apa mereka ke sini, dan kemana pula mereka akan pergi. Memperdalamkan ilmu amatlah baik sekali, tetapi mestilah kena pada tempatnya.











Untuk golongan ketiga pula, mereka yang sentiasa berzikir dan berfikir bagaimana caranya untuk bersatu dengan Tuhan. Bersatu dengan Tuhan di sini bermaksud manusia dapat mencapai penghayatan kesatuan dengan Tuhannya.



Pahlawan Mat Kilau.

Bagi golongan keempat, manusia sentiasa bersifat luhur iaitu mencapai keluhuran budi, mencapai dan menghayati sifat rasul. Apakah masa kini manusia lupa diri, bersifat sombong dan takabur? ingin beraja di mata bersultan di hati?...awas, sombong dan ujub merusakkan iman, jika ini berterusan, kamu tidak bisa bertemu dengan Tuhan Maha Agung.

"Orang yang mengharapkan ingin bertemu dengan Tuhannya hendaklah melaksanakan amal soleh dan tidak boleh menyekutukan apapun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Al-kahfi : 110).


















"Sesiapa yang tidak mempunyai rasa kasih sayang, ini bermakna hatinya tidak hidup." Hati yang hidup, hati yang sentiasa bergolak untuk mendapatkan kesejahteraan, walaupun memerlukan perjuangan sehingga hadirnya pengorbanan. Perjuangan memerlukan pengorbanan, risikonya ada dalam setiap perjuangan.

Sekiranya kamu orang yang berilmu tinggi, usah diperdagangkan untuk kepentingan diri, jadilah orang kebanyakan, jangan kamu gah, dan riya'. Riya' adalah syirik khafi, apatah lagi kamu menyengutukan Ilahi, jika ini berlaku, pasti kamu kufur.

Jangan kamu angkuh dan takabur, kerana sifat angkuh dan takabur itu adalah selendang (pakaian) Allah. Binasa kamu jika memiliki selendang Allah tanpa IzinNya.

No comments:

Post a Comment