pengeboman di Kuta Bali
....pabila hati kecil bingung, pasti tidak dapat memberi perhatian kepada objek atau sesuatu perkara. begitu juga pabila hati kecil tunggang-langgang mencari kejituan fakta, maka porak purandalah ketauhidan kita...sesuatu itu ada ketentuanNya.
Alam akan hancur lebur jika adanya keterlaluan tindak konflik sesama manusia. Sekiranya manusia saling bermusuhan, saling berdengki, saling memusnah, maka hilanglah kemanusian dan harga diri. Apa yang tinggal? hanya kerugian, sedangkan manusia perlu keharmonian hidup.
Aku saling mengingati, saling peringat untuk kalian bahawa dunia ini semakin tua, semakin menuju kehancuran, umat manusia perlulah ingat kepada Pencipta Alam, perlu beribadah untukNya.
Nah,..lihat apa yang telah berlaku di Kuta Bali, peristiwa 11 September di Amerika, peristiwa pengeboman di Hotel JW Marriot, Jakarta baru-baru ini, di Pakistan dan Afghanistan, pengebom berani mati semakin bermaharajalela, kerana prinsip dan setia dengan perjuangan masing-masing.
No comments:
Post a Comment