Tuesday, July 21, 2009

Yang Esa itu sungguh Satu.


Salam hormat dan rahayu,
Allah itu Esa, Yang Esa itu sungguh satu, benar-benar hanya satu, iaitu kita sesungguhnya, demikian kenyataannya. Allah itu tiada bermata dan tidak berwarna, tidak berarah dan tak bertempat. Jauh tiada berhingga, dekat tiada tersentuh, ada lantaran Dzatnya sendiri. Dzat yang bersabda tanpa mulut, hanya niat saja. Menghidu tanpa hidung, hanya menyengaja saja. Mendengar tanpa telinga, bila melihat, tiada dengan mata, itulah yang disebut waskhita. Tuhan tiada arah, ertinya tanpa tempat. Tiada rupa dan tiada warna. Demikian pendapatku, kerana ghaib tiada dapat diperkirakan, dan tak dapat diserupakan dengan apapun.

Sesungguhnya tiada apa-apa, kerana ketika masih kosong belum ada sesuatupun, yang ada lebih dahulu adalah Aku, tidak ada Tuhan kecuali Aku, Dzat yang Maha Suci, yang meliputi sifatKu, menyertai namaKu, menandai perbuatanKu.
Hendaklah kamu sedar, bahawa Tuhan itu disebut Allah, tiada zaman, tiada tempat, Dia itu yang menjadikan bumi dan langit berserta semua isi, yang memberi hidup, memberi kesenangan, memberi kepandaian dan kesaktian kepada semua makhlukNya.
Miliklah sifat-sifat Allah dan berakhlak dengan akhlak Allah. Hendaklah kamu bersama Allah. Apabila kamu tidak dapat bersama Allah, maka hendaklah bersama orang-orang yang mendekati Allah, kerana mereka dapat menghubungkan kamu kepada Allah.
" Semua orang yang ada di bumi akan musnah. Dan zat Tuhanmu yang Besar lagi Mulia akan tetap tinggal kekal. " (Al- Rahman : 26 - 27).
Allah itu satu, bukan dua, bukan tiga, hanya satu iaitu Tunggal, segala sesuatu memohon kepadaNya, tiada beranak, dan tidak diperanakkan, tiada sesuatu pun dapat dibandingkan denganNya.

2 comments:

  1. salam dari fakir nusantara....;

    ya saya bersetuju dengan tuan mengenai........

    Sesungguhnya tiada apa-apa, kerana ketika masih kosong belum ada sesuatupun, yang ada lebih dahulu adalah Aku, tidak ada Tuhan kecuali Aku, Dzat yang Maha Suci,.............

    ReplyDelete
  2. salam rahayu,

    Terima kasih, fakir nusantara.

    Bicarawahyu.

    ReplyDelete