Saturday, July 31, 2010

Ceria atau Derita.




Salam hormat dan rahayu.


Kita perlu menjaga kesihatan diri dan mengamal gaya hidup sihat dan aktif. Penjagaan kesihatan yang rapi amatlah penting untuk menjamin generasi muda sentiasa ceria, cergas dan produktif. Hal ini penting kerana golongan generasi muda inilah yang akan mewarisi dan sebagai penyumbang kepada pembangunan negara pada masa yang mendatang.


Manusia boleh dikategori kepada tiga bentuk tubuh badan iaitu endomorphy, ectomorphy, dan mesomorphy. Seseorang itu akan kelihatan terjejas keupayaan fizikal dan personalitinya apabila mengalami antaranya keabnormalan postur, kurang upaya, keabnormalan ortopedik, dan obesiti.

Obesiti atau kegemukan adalah masalah yang sering dialami dalam masyarakat negara kita ini. Seseorang itu dianggap obes sekiranya Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) berada dalam julat 30 hingga 39.9. Sekiranya julat BMI seseorang melebihi 40, dia dilabelkan sebagai lampau obes.


Rujuk dan dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan, usah makan yang sedap tanpa kawalan, makanlah makanan yang berkhasiat. Pengambilan mineral secara berlebihan akan menimbulkan berbagai dan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan. Sebagai contoh, pengambilan mineral natrium klorida yang berlebihan mengakibatkan hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Begitu juga, pengambilan kromium secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan pada rangkaian sel DNA.




Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam secara berkala untuk mengekalkan ketahanan mental dan kardiovaskular. Libatkan diri secara aktif dengan mana-mana pertubuhan dan permainan yang aktif dan sihat. Jangan lupa amalkan ibadah, latihan keruhanian, dan apa jua meditasi yang membolehkan jiwa menjadi tenang.

No comments:

Post a Comment