Tuesday, July 20, 2010

Risiko Tetap Ada.




Salam hormat dan rahayu.


Perkara : 29, berkaitan dengan Pendidikan, mengenai Hak Asasi Kanak-Kanak, menjelaskan bahawa kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan dan menjadi kewajipan negara untuk memastikan bahawa mereka mendapat pendidikan utama secara percuma. Di samping itu setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan, dan pembangunan sosial. (Ini termaktub dalam perkara 27: Taraf hidup).





Ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab besar dan utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, serta keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu. Justeru perlulah prihatin bukan saja kominiti kecil malah semua warga dan pemimpin tidak terlepas pandang mengenai hal ini.




Tidak akan berubah nasib seseorang, atau sesuatu bangsa melainkan seseorang atau bangsa itu sendiri yang mengobahnya, satu-satunya cara ialah melalui pendidikan, anak-anak wajib iaitu tidak boleh tidak diberi pendidikan agar mereka berilmu dan dapat mengejar cita-cita tinggi mereka.


Kanak-kanak perlu celik akal dan mengikut perkembangan semasa dan memperoleh pembelajaran wajib termasuk ICT supaya tidak ketinggalan oleh arus globalisasi pendidikan. Kanak-kanak perlu menerima pembelajaran yang sistematik supaya mereka dapat diperkembangkan secara menyeluruh dari aspek yang terkandung dalam Falasafah Pendidikan Kebangsaan.


Apakah kita hanya melihat dan membenarkan kanak-kanak mengalami keciciran atau tidak mendapat sebarang pendidikan secara berterusan? Sudah tentu tidak, anak-anak akan bakal meneruskan perjuangan dan pemerintahan negara, sekiranya mereka hidup terbiar, nasib mereka tidak terurus dan terbela, sudah pasti negara akan mengalami ketandusan rakyat yang bijaksana dan berpendidikan tinggi.

No comments:

Post a Comment