Tuesday, April 27, 2010

Apa dah jadi.




Salam hormat dan rahayu
Al Fatihah.(untuk aminulrashid)

Kata orang lama, berfikirlah sebelum bertindak, bukan bertindak baru berfikir. Apa dah jadi jika nasi sudah menjadi bubur, mati sebelum ajal? kalau bertindak secara terburu-buru tanpa mempunyai kemahiran berfikir atau tidak dapat membuat keputusan yang bijaksana, ramailah yang menjadi mangsa keadaan atau teraniaya.


Dulu aku selalu tengok filem koboi, ada yang menarik, ada yang berunsur pendidikan dan moral, ada juga yang membalas dendam untuk menegakkan keadilan. Tembak menembak adalah perkara biasa, kebenaran dan keadilan hanya ditentukan melalui peluru. Apakah dengan cara ini setiap masalah dapat diselesaikan dan keadilan dapat dikekalkan?





Lihat, apa dah jadi dengan peristiwa dimana remaja berumur 15 tahun ditembak oleh polis di Shah Alam baru-baru ini. Remaja ini mati, soalnya apakah tindakan ini adalah satu tindakan yang wajar atau bijaksana? Anak itu masih pelajar sekolah, baru mula kenal hidup, Isu ini masih dalam siasatan dan perlukan masa untuk kepastian fakta. Jangan pula bandar Shah Alam jadi pekan koboi, ikut sukahati, kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa.
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (An-Nahl : 125).

2 comments:

  1. salam... zaman skrg harta dan pangkat menjadi jalan utama.... sbb tu ramai yang terbabas.... petunjuk tidak digunakan.... natijahnya.... kita masih terapung di atas angin yang berlalu tnpa merisik khabar....hanya dtg dan pergi tnpa hala tuju...

    ReplyDelete
  2. salam untuk maggi kicap...

    t.kasih, kerana melayari blog ini.
    benar, kerana ada awal yang tiada permulaan, dan ada akhir yang tiada kesudahan...apa jua tindakan yang dibuat perlu berani tanggung apa jua risiko.

    wahyujatmika.

    ReplyDelete