Tuesday, November 10, 2009

Luahan Bicara.



Salam hormat dan rahayu.


Tajam mata pedang, tajam lagi olah bicara. Apakah benar semuanya ini? Bak kata pepatah, lajak perahu boleh diundur, lajak kata buruk padahnya. Sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan merana. Justeru berfikirlah sebelum bertindak, banyak perkara yang boleh dilihat dewasa ini di mana kekejaman, penyelewengan, penindasan, konflik politik, dan apa jua bentuk pencabulan berlaku tanpa sempadan.

Anak akan kecewa bila ayah tidak tunaikan janji, begitu juga rakyat akan mendesak pemimpin untuk melunaskan janji-janji politiknya. Jika ini tidak berlaku pasti kucar-kacir kepemimpinan seorang pemimnpin bagi sesebuah negara.





Protes boleh berlaku dimana saja sekiranya kebanyakan pemimpin membuat keputusan yang tidak adil, dan mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan mereka. Malahan anak kecil sering bertindak sebegitu rupa jika kemahuannya diabaikan.

Kawal emosi kamu supaya tidak terlanjur kata. Bisa mata pedang, bisa lagi luahan kata. Pemimpin yang mempunyai karisma, boleh menguasai rakyatnya. Hanya dengan pidatonya, dapat menawan hati ribuan pengikut. Lihat saja sejarah terdahulu, antara tokoh yang mempunyai karisma, antaranya peranan Bung Karno dengan rakyat Indonesia, pengaruh Adolf Hitler, Mahatma Ghandi, Winston Churchill, dan Pejuang Palestine iaitu Yasser Arafat.

Friday, November 6, 2009

Kerusi Isyarat.



Salam hormat dan rahayu.


Sesiapa saja duduk di atas kerusi pasti rasa selesa dan santai atau sebaliknya, tapi jangan lupa kerusi itu memberi isyarat supaya kita melihat apa saja yang ada dipersekitaran. Untuk apa? lihat apa yang berlaku di atas, di kiri, di kanan, di bawah, dan setiap sudut supaya dapat mengambil tindakan yang adil terhadap apa jua isu.


Apakah kita perlu berdiam diri setelah lihat banyak peristiwa yang menggugat ketenteraman keharmonian masyarakat kita berlaku dengan sewenang-wenangnya? Kekejaman ke atas rakyat, pembunuhan di sana sini yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa, rompakan, rasuah, dan jenayah yang dilakukan oleh antaranya, rakyat tempatan atau rakyat asing yang berada di negeri ini perlulah diambil perhatian serius oleh kerajaan dan kerjasama semua pihak.


Setiap media cetak, dan apa saja saluran komunikasi telah mendedah betapa ganas dan kejam perbuatan segelintir mereka yang tidak ada sifat kemanusiaan. Jika tidak dibendung, dikawal dan ambil tindakan segera, pasti negara kita akan kucar-kacir, tunggang langgang, dan rakyat akan menderita menjadi pelarian di tempat sendiri.


Pihak pemerintah perlu bertindak tegas, ke atas mereka yang masuk ke negara ini tanpa permit. Ada terdapat juga mereka menyalahguna permit mereka dengan tujuan lain dan melanggar peraturan serta undang-undang negara. Kita tidak perlu bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah ini.


Sesebuah negara itu akan hancur sekiranya pemerintah, pentadbir, pengurus, dan apa saja mereka yang berkuasa tidak mempunyai sama sekali sifat Rasulullah. Empat sifat itu adalah sifat yang wajib ada pada semua orang, iaitu amanah, benar, menyampaikan, dan bijaksana. Semuanya ini adalah budi luhur sejagat. Aman diri, aman keluarga, aman keluarga aman masyarakat, dan aman masyarakat amanlah negara. Perlulah kita bertindak secara bijaksana.


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, serta bantahlah mereka dengan cara yang baik." An Nahl : 125.

Tuesday, November 3, 2009

Bila Usia Mulai Kabur.



Salam hormat dan rahayu.

Usia terikat dengan ruang dan waktu. Pasti usia itu mempunyai rentetan peristiwa. Setiap insan mengalami usia di peringkat alam rahim, kanak-kanak, remaja, dewasa, seterusnya ke peringkat usia tua. Sekiranya tidak dimanfaatkan waktu dengan bijaksana pasti seseorang itu akan mengalami kerugian dan penuh kekecewaan.

Silap langkah kaki ketika berjalan, ianya dapat diperbetulkan, tetapi silap langkah dalam kehidupan merana padahnya. Hidup ini penuh dengan rintangan dan pancarobanya, jika ada cobaan hidup perlulah kita menanganinya dengan penuh bijaksana.

Tidak ada sesuatu pun yang kekal, semuanya binasa kecuali Allah Tuhan Pencipta Alam. Lihat saja alam semesta ini, sering kali mengalami perubahan fizikal seperti berlakunya gempa bumi, taufan, tsunami, dan letupan gunung berapi. Manusia begitu juga, apabila mengalami perubahan fizikal, ia turut juga mempengaruhi minda dan jiwa.





Apabila usia diperingkat remaja, semuanya kelihatan cantik, tampan dan sempurna. Namun, setelah dimamah usia, semuanya kelihatan kabur dan pudar, tidak lagi kelihatan cantik, tampan dan gagah. Apa yang tinggal, hanya kenangan dan peristiwa. Justeru carilah ketenangan jiwa, carilah keabadian luhur budi, dan carilah kesucian hati. Tumpukan hatimu kepada Allah kerana Dia Maha Berkuasa dan tidak musnah.

"Semua orang yang di bumi akan musnah. Dan zat Tuhanmu yang Besar lagi Mulia akan tetap tinggal kekal." (Al-Rahman : 26-27).

Saturday, October 31, 2009

Alam Seni



Salam hormat dan rahayu.

Alam semesta dicipta Tuhan amat seni dan indah sekali. Apa jua seni, sama ada seni tampak, seni rupa, seni halus, seni teater, seni puisi, seni bela diri, seni tari, mahu pun seni muzik, perlu dipelajari dan dihargai. Sekiranya kamu mempunyai bakat yang dianugerah oleh Ilahi, jangan dipersia-siakan begitu saja, asuhlah dan hendaklah kamu berlatih berterusan untuk memperoleh kemahiran yang berkualiti tinggi.


Antara seni yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup kamu ialah seni muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam sejagat. Justeru setiap sesuatu boleh berkomunikasi melaluinya. Apa itu muzik? ini dapat dimaksudkan sebagai berikut:

" Muzik adalah nada atau bunyi hasil dari getaran sama ada tinggi atau rendah, panjang atau pendek tersusun indah dan ada nilai-nilai estetika, serta ada rahasia ketuhanan di situ."







Burung berkicauan itu muzik, desiran ombak dan angin bayu laut itu boleh dikatakan muzik sejagat, dan kedengaran hujan atau tetesan air mengalir juga dikatakan muzik, Muzik boleh membangkitkan semangat patriotik, juga boleh membuat orang sedih, menangis, ketawa, dan mengimbau peristiwa silam.

Muzik juga boleh mengubat jiwa. Yang penting di sini, jangan lupa siapa Pencipta Muzik sebenarnya iaitu Tuhan yang menguasai segala sesuatu.

Tuesday, October 27, 2009

Keangkuhan Manusia 2


Salam hormat dan rahayu.

Sejak ujud peradaban manusia, orang Yahudi antara beberapa bangsa yang masih menjadi musuh dan berterusan untuk hapuskan penganut Islam. Pelbagai cara mereka lakukan antaranya, melalui peperangan, penghapusan etnik, peperangan politik dan ekonomi, serta propaganda berbentuk penghinaan melalui media.

Orang Yahudi bernegarakan Israel ini, telah dan selalu engkar bukan saja perintah Tuhan malah mungkir janji terhadap negara Palestine untuk memutuskan perdamaian. Sifat angkuh orang Yahudi ini tidak dapat dimaafkan, apatah lagi ramai jiwa rakyat Gaza, Palestine yang tidak berdosa terbunuh akibat serangan senjata 'white phosporus' yang sememangnya dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.






mangkuk tandas





kasut wanita




mangkuk tempat buang air kecil


Malahan orang-orang Yahudi mencipta sesuatu yang menghina agama Islam dan sengaja membangkitkan kemarahan orang-orang Islam. Antaranya kasut yang kulitnya ditulis dengan kalimah tauhid, dan penutup tandas dihiasi dengan kalimah syahadat.


Pepatah ada mengatakan bahawa ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu. Justeru yang paling baik ialah ikut iman pasti aman dalam menghadapi perjalanan hidup.


'Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.' Al Baqarah : 216.

Tuesday, October 20, 2009

Menarik Perhatian.



Salam hormat dan rahayu.

Apakah rahasia ketuhanan banyak tersimpan dalam diri wanita? zahirnya Adam ke alam nyata, persis akibat godaan hawa, bagi mereka berjiwa agama tulen, pasti ia merupakan kebenaran. Sudah menjadi lumrah alam , bahawa wanita pelengkap bagi lelaki, manakala lelaki pula pelengkap bagi wanita. Justeru mereka saling mencari dan sentiasa berpasangan.



mereka bertatu untuk kelibatan cantik

Wanita kini, mempunyai personaliti tersendiri, mengikut adat dan budaya masing-masing. Untuk kelihatan cantik dan menarik, pelbagai kaedah digunakan, antaranya bersolek, bertatu, dan bertingkah laku baik, serta berpakaian rapi. Apa yang penting disini ialah mencari apa jua jalan untuk memikat lelaki sebagai pelindung sepanjang hayat hidupnya.



Bagi sesetengah etnik, mereka menerima seni bertatu sebagai satu budaya sosial. Justeru tidak heran di negara ini seni bertatu itu sudah mulai diterima oleh anak remaja. Apakah semuanya ini menjadi trend yang diterima pakai oleh budaya masyarakat kita? perlulah kita berfikir bersama untuk menangani masalah ini.

Sunday, October 18, 2009

Tidak Segan Silu.


Salam hormat dan rahayu.

Antara proses sistem perkumuhan tubuh badan ialah membuang air kecil. Apakah ini boleh menjadi isu besar dalam hidup makhluk manusia di alam maya ini?. Anak kecil perlu diawasi, supaya bersih daripada air kencing miliknya sendiri. Bagaimana pula dengan anak remaja dan orang dewasa. Adakah boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Memang tidak elok membuang air kecil sesuka hati di merata tempat.




Alat kencing berdiri.




contoh alat kencing berdiri
kencing berdiri di tepi jalan

Ada kata pepatah mengatakan ' Jika guru kencing berdiri, pasti muridnya kencing berlari'. Apakah ini hanya sebagai retorik sahaja, atau malahan ia benar-benar berlaku. Pelbagai cara manusia cuba memudahkan mereka untuk membuang air kecil di kawasan terdesak, seperti di kawasan padang, di jalan raya, perkhemahan, pusat membeli belah, dan semasa ketika rusuhan.


kaum wanita kencing berdiri

Kebanyakan di negara barat, kaum wanita sering kelihatan membuang air kecil sambil berdiri di kawasan lapang. Membuang air kecil sambil berdiri di mana jua sudah menjadi amalan biasa. Mereka tidak segan silu, tetapi tetap memikir dan mengekalkan kebersihan. Alat dicipta khas untuk tujuan tersebut, ringkas dan mudah dibawa kemana saja.

"Bersucilah kamu sekalian dari air kencing, sebab kebanyakan seksa kubur itu diakibatkan dari kecerobohan air kencing." (sabda nabi).