Showing posts with label PEJUANG SENI SEJAGAT. Show all posts
Showing posts with label PEJUANG SENI SEJAGAT. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

Alam Seni



Salam hormat dan rahayu.

Alam semesta dicipta Tuhan amat seni dan indah sekali. Apa jua seni, sama ada seni tampak, seni rupa, seni halus, seni teater, seni puisi, seni bela diri, seni tari, mahu pun seni muzik, perlu dipelajari dan dihargai. Sekiranya kamu mempunyai bakat yang dianugerah oleh Ilahi, jangan dipersia-siakan begitu saja, asuhlah dan hendaklah kamu berlatih berterusan untuk memperoleh kemahiran yang berkualiti tinggi.


Antara seni yang tidak dapat dipisahkan daripada hidup kamu ialah seni muzik. Muzik adalah sebahagian daripada alam sejagat. Justeru setiap sesuatu boleh berkomunikasi melaluinya. Apa itu muzik? ini dapat dimaksudkan sebagai berikut:

" Muzik adalah nada atau bunyi hasil dari getaran sama ada tinggi atau rendah, panjang atau pendek tersusun indah dan ada nilai-nilai estetika, serta ada rahasia ketuhanan di situ."







Burung berkicauan itu muzik, desiran ombak dan angin bayu laut itu boleh dikatakan muzik sejagat, dan kedengaran hujan atau tetesan air mengalir juga dikatakan muzik, Muzik boleh membangkitkan semangat patriotik, juga boleh membuat orang sedih, menangis, ketawa, dan mengimbau peristiwa silam.

Muzik juga boleh mengubat jiwa. Yang penting di sini, jangan lupa siapa Pencipta Muzik sebenarnya iaitu Tuhan yang menguasai segala sesuatu.

Saturday, August 8, 2009

W.S.Rendra.


Semoga Tuhan mencucuri rahmatnya,

Rendra, ( 1935 - 2009 )

pemergianmu sukar diganti,

jiwa senimu tiada tandingnya, karyamu tulus, demi juang bangsa dan kemanusiaan, luhur budi, menabur suci, pasti tercapai hasrat diri dalam diri mencari ketuhanan, perjuang kemanusiaan, bela keadilan, tanpa henti hingga tidak kenal apa itu titik, apa itu nokhtah, bahkan apa jua secara total sehingga kabur ke alam kekal bersama Pencipta Alam.

...orang yang mati dalam keadaan mencari ilmu, maka di dalam kuburnya Allah mengutus dua malaikat yang mendidiknya dengan ilmu makrifat sampai hari kiamat; dan dia akan bangun dari kuburnya menjadi seorang yang alim dan arif...

'...selamatnya seseorang manusia itu bergantung pada pengendalian lidahnya. Dan celakanya manusia pun tergantung pada lidahnya. Justeru, berhati pabila berkata, jangan kata-kata yang tidak berguna...'

'Hasad dengki itu menghancurkan kebaikan seperti halnya api menghanguskan kayu dan apa jua'.

pasti rohmu bersama para roh yang suci.

..al fatihah...amiin...