Mistik ATAU Misteri, apa hubungannya dengan Noordin Mohammed Top, yang didakwa ada kaitannya dengan beberapa peristiwa pengeboman di Jakarta dan pengeboman di Kuta Bali sejak tahun 2003 sehingga mengorbankan leboh 240 nyawa. Paling terkini, dua serangan terbaru pada bulan Julai 2009 terhadap Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz-Carlton, Jakarta yang merentap tujuh jiwa.
Baru-baru ini, sebuah tempat kediaman di Temanggung, Jawa Tengah yang dipercayai tempat persembunyian Noordin Mohammed Top dikepong selama 17 jam dan diserbu oleh beberapa anggota komando lalu berbalas tembak. Dipercayai beberapa rakan dan Noordin Mohammed Top sendiri tewas, maksud tewas disini ialah kembali ke rahmatullah. Yang anehnya, hingga saat ini pihak berwajib Indonesia tidak dapat mengesahkan identiti jenazah itu sebagai diri beliau.
Berita Buletin Utama, jam 8.00 malam, pada 11 Ogos 2009, mengesahkan bahawa pihak berwajib Indonesia, telah memeriksa mengenal pasti ibu jari jenazah tersebut, dan didapati ia bukanlah milik Noordin Mohammed Top. ( pada firasatku, pasti dan persis jenazah itu bukanlah milik Noordin Mohammed Top, beliau masih bebas dan meneruskan perjuangannya, kerana dia memiliki keyakinan yang hakiki ).
Apakah Noordin Mohammed Top tidak ada ditempat kejadian, atau dapat memboloskan diri ketika tempat persembunyiannya dikepong dan berlakunya tembak menembak? ATAU dia dipercayai pengamal ilmu mistik Jawa hingga dapat kabur dari penglihatan beberapa anggota komando? Jika ini sering benar berlaku, pihak berwajib dan masyarakat di situ tidak senang duduk, apatah lagi mereka atau kumpulan tertentu akan menjadi sasarannya.
Di zaman Belanda menjajah Tanah Jawa dahulu, banyak penindasan dan kekejaman berlaku ke atas rakyat Jawa. Sistem Liberal, Sistem Rodi Kopi, banyak menguntungkan Belanda, dan ketika perjuangan Diponegoro untuk membebaskan Tanah Jawa daripada belenggu Belanda, ramai rakyat tewas walaupun berjuang menentang penjajah hanya menggunakan runcing bambu, namun jihad mereka tidak tergugat, jiwa mereka mantap. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan, dan tidak ada pengorbanan tanpa perjuangan.
Semangat juang Si Pitung, Pak Sakerah, semangat juang Panggeran Diponegoro, Raden Ngabehi Ranggawarsita, malahan ke zaman Bung Karno, tidak goyah semangatnya, membebaskan Jawa daripada cengkaman Belanda. Begitu juga ritual Pahlawan Mat Kilau, Bahaman, Tok janggut, gigih menentang Inggeris untuk merdekakan Tanah Melayu daripada dijajah, walaupun mereka dianggap penderhaka, namun mereka tetap setia dengan perjuangannya. Bab kata pepatah, raja yang adil, raja yang disembah, raja yang zalim tetap disanggah. Raja disini juga dibawa maksud kepada pemerintah.
Tuhan memihak kepada kebenaran kerana : 'Yang Haq telah hadir, yang batil telah pergi, sesungguhnya yang batil itu sesuatu yang pasti pergi.'
No comments:
Post a Comment