- Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
- Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan sesuatu kesalahan keseksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan itu dilakukan.
Perkara 12:
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluargaa, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian.
Perkara 13:
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.
- Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri, dan kembali semula ke negaranya.
Perkara 14:
- Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara daripada sebarang penganiayaan.
- Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 15:
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenang-wenangnya atau menafikan hak menukar kewarganegaraannya.
Perkara 16:
- Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau agama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
- Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin.
- Keluarga adalah unit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat.
Perkara 17:
- Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
- Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta - bendanya secara sewenang-wenangnya.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang lain secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan.
Perkara 19:
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.
Perkara 20:
- Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
- Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.
- Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
- Setiap orang adalah berhak kepada peluang sama rata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
- Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat adalah berhak kepada keselamatan sosial dan berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antarabangsa dan menurut organisasi, dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi,sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.
Perkara 23:
- Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran.
- Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama.
- Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika perlu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya.
- Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya.
Perkara 24:
Setiap orang adalah berhak kepada rehat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah ke atas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.
Perkara 25:
- Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, dan keuzuran.
- Ibu dan anak-anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak,sama ada dilahirkan di dalam mahupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.
Perkara 26:
- Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang sama rata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
- Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia. Ianya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran, dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan agama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
- Ibu bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.
Perkara 27:
- Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
- Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteran atau kesenian yang mana ianya adalah pencipta.
Perkara 28:
Setiap orang adalah berhak kepada suatu hak-hak asasi susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak - hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya.
Perkara 29:
- Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin.
- Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-semata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.
- Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 30:
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagai sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan.
No comments:
Post a Comment