Thursday, June 18, 2009

Mencari keakuan Aku (1)


Salam hormat dan rahayu,

Setiap ruang dan waktu di penuhi dengan jisim dan jirim, justeru wujudnya peristiwa. Tuhan tidak terikat dengan ruang dan waktu, justeru, Dia Maha Agung, berdiri sendiri, dan tidak tertakluk dengan peristiwa, makanya hidup bersama Tuhan adalah kebebasan.

Manusialah yang tidak bebas, kerana tidak berani meleburkan diri, tauhidnya goncang kancing...ilmunya tunggang langgang, bertuhankan
manusia, jiwanya sakit, apatah lagi roh sendiri tidak mengenal diri.

Sekiranya berfamili, atau bersosial, ataupun berinstitusi di mana mana organisasi, hidupnya seolah-olah seiring tetapi tidak bertemu, sentiasa berkonflik di dalam jiwa, konflik yang tiada kesampaian.
INGAT! jika sering begini, keluarga saling cedera, dan sanak saudara saling curiga.

No comments:

Post a Comment