Friday, May 21, 2010

Adakah Berbaloi!





Salam hormat dan rahayu


Aku cuma beri pandangan mengikut persepsiku yang kosong ini berkaitan peristiwa berdarah di Bangkok, Thailand. Apakah sebarang keadilan dapat diperoleh melalui rundingan atau melalui demonstrasi jalanan? ini tergantung kepada sejauh mana desakan keperluan rakyat atau untuk memenuhi kepentingan sesuatu institusi.




Pernah aku mendengar cerita orang lama bahawa seseorang atau sebarang organisasi akan buat apa saja untuk mencapai matlamatnya, walaupun mengorbankan ramai jiwa yang tidak berdosa. Adakah ini berbaloi sehinggakan manusia sanggup melanggar peraturan atau undang-undang dan berani pula mengorbankan diri untuk mencapai matlamatnya.




Peristiwa berdarah di kota Bangkok, dimana kumpulan baju merah sanggup berkorban apa saja dan berhati kering untuk menumbangkan kerajaan, mereka yang terdiri daripada rakyat berpendapatan rendah dan miskin berjuang habis-habisan walaupun ramai rakan, sanak keluarga mati ditembak oleh tentera.





Pergolakan berlaku sekian lama, sehinggakan diadakan meja rundingan bagi kedua pihak untuk berdamai, namun mereka dari golongan baju merah terus merusuh tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Dianggarkan kerajaan Thai mengalami kerugian hampir 1.5 bilion dolar Amerika. Kemusnahan harta benda, bangunan-bangunan kerajaan, pusat membelibelah dibakar sewenang-wenangnya dan seluruh infrastrukur di kota Bangkok hampir lumpuh.




Apakah rusuhan begini akan menular dinegara jiran yang lain? berkemungkinankah bahang peristiwa tersebut boleh mempengaruhi rakyat dinegara ini? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

2 comments:

  1. negara jiran adalah contoh terbaik buat kita..kalau kita masih "buta" tentang apa yang berlaku, tak mustahil perkara begini akan berulang di negara kita..

    ReplyDelete
  2. salam hurmat,

    memang benar bicara tuan, sekiranya tidak berhati-hati dalam pergolakan politik di negara ini, pasti mengundang kecelakaan yang boleh menghuru-harakan kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete