Tuesday, November 2, 2010

Saat-Saat Kelahiran Seorang Anak.






Salam hormat dan rahayu.


Setiap detik dan setiap saat sudah pasti berlakunya kelahiran dan kematian. Justeru ia tidak dapat dielakkan dalam alam maya ini. Seorang ibu yang cukup waktu hamilnya akan melahirkan anak tidak kira dalam apa cara dan keadaan sekalipun. Betapa susah dan payah ibu melahirkan anak, penderitaannya hanya ibu itu sendiri yang mengetahuinya.


Setiap ibu berharap anaknya akan menjadi orang yang berguna dan dapat berkhidmat pada kedua orang tuannya dan juga terhadap masyarakat. Manusia merencana hanya Tuhan yang menentukan, kita hanya berusaha, berharap dan pasrah kepadaNya.



Anak jika tidak dididik dengan pendidikan yang sempurna pincanglah kehidupannya, mereka akan kabur tentang kehidupan dalam erti kata yang sebenarnya. Ibu Bapalah yang mencorak arah tuju anaknya dan membimbing ke arah kebaikan. Anak perlu diberi pelajaran supaya ia bersedia menempuh cabaran hidup yang sukar diramal.



Persediaan untuk hidup itu penting, dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak, tidak boleh lari dari cobaan dan ujian hidup. Hanya orang berpelajaran dan berpendidikan agama dapat menangani masalah hidup dan meneruskan perjuangan tanpa henti.

2 comments:

  1. berbuat baik lah kepada parents kita, ketika mereka masih hidup

    ReplyDelete
  2. salaam tuan,
    citra manusia tentang kejayaan terbentuk dari tekanan masyarakat kelilingnya. apakah takrif kejayaan?? bagi komuniti melayu kuno, anak yang berjaya adalah anak yang bila dewasanya nanti berbakti pada ibu bapa. bagi masyarakat Minang, anak berjaya adalah anak yang merantau jauh, dan pulang dengan "emas" buat membela maruah keluarga. bagi kaum Cina, anak berjaya meraih rezeqi ditiap ceruk dunia tanpa emosi dan sentimental menjenguk bapa tua yang ditinggalkan...
    namun kejayaan ditakrif dalam konklusi yang mantap pada Surah Al-Baqaran ayat 1-5...
    Wallahu a'lam

    ReplyDelete