Tuesday, September 29, 2009

suara hati 4


Salam hormat dan rahayu.

Aku merenung jauh untuk mendapat kepastian keluhuran budi.

Aku cuba meneliti, cuba menterjemahkan apa jua ciptaan Tuhan, namun semakin aku mendalami mencari hakikat sesuatu ciptaan itu, aku kekaburan, aku perlu mendapat bantuan daripadaNya. Jelas sama sekali bahawa sesuatu itu sudah ada ketentuan dan ketetapan sejak azali lagi. Namun begitu, aku perlu berusaha untuk mencapai sesuatu, dan pasrah kepadaNya.


Terdapat beberapa hasil ciptaan manusia untuk dijadikan bahan fikiran sesiapa jua. Ciptaan manusia tidak setanding ciptaan Ilahi, kerana ciptaan Ilahi amat sempurna.

gergasi : ciptaan manusia


renungan : hasil ciptaan


Manusia suka kepada perkara yang baru, perkara yang membolehkan mereka dipuja atau disanjung. Apa saja yang dihasilkan atau dicipta perlu diketahui umum, walaupun ia mendatangkan musibah atau sebaliknya, tapi tidak semua insan sedemikian rupa, kerana bagi mereka yang mempunyai hati tulus dan jujur tidak akan mengharapkan balasan, hanya memadai dengan mendapat keredhaan Ilahi.

Aku merenung jauh, melihat diriku dalam diriku, apakah aku mendapat kesempurnaan hati dan jiwa, mampukah aku memperolehnya, atau hanya sekadar pasrah membuta tuli. Hidup begitu luas sekali, bersatukah aku dengan alam atau bersatunya alam terhadap aku.

"Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Al Taghaabun : 11).

No comments:

Post a Comment