Wednesday, September 30, 2009

Aku terus hidup


Salam hormat dan rahayu

Anak kecil ini belum kenal apa itu erti hidup sebenarnya, namun begitu, ketetapan perjalanan hidupnya telah pun termaktub sejak azali lagi. Dia umpama sehelai kain putih yang bersih dan suci secara total, jika ibunya mencorak kain tersebut mengikut kehendak dan kesesuaiannya, pasti anak itu akan akur. Ibu bapa mana yang tidak mahukan anaknya sukses dalam apa jua bidang, malah sanggup berkorban untuk membesar dan mendewasakan anaknya itu.


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan membawa fitrah Islam, tetapi kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." Justeru hendaklah kamu berhati-hati membesar dan mendewasakan anak supaya mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.



Setiap sesuatu itu berlaku dengan pantas, dan tentu ada hikmahnya. Selagi sesuatu itu terikat dengan ruang dan waktu, selagi itulah mereka menempa peristiwa hidupnya. Justeru jiwa yang tenang berkesudahan dengan hidup yang tenteram.


"Sesungguhnya, bahagialah mereka yang sentiasa membersihkan jiwanya." (Asy-Sham : 9).

Tuesday, September 29, 2009

suara hati 4


Salam hormat dan rahayu.

Aku merenung jauh untuk mendapat kepastian keluhuran budi.

Aku cuba meneliti, cuba menterjemahkan apa jua ciptaan Tuhan, namun semakin aku mendalami mencari hakikat sesuatu ciptaan itu, aku kekaburan, aku perlu mendapat bantuan daripadaNya. Jelas sama sekali bahawa sesuatu itu sudah ada ketentuan dan ketetapan sejak azali lagi. Namun begitu, aku perlu berusaha untuk mencapai sesuatu, dan pasrah kepadaNya.


Terdapat beberapa hasil ciptaan manusia untuk dijadikan bahan fikiran sesiapa jua. Ciptaan manusia tidak setanding ciptaan Ilahi, kerana ciptaan Ilahi amat sempurna.

gergasi : ciptaan manusia


renungan : hasil ciptaan


Manusia suka kepada perkara yang baru, perkara yang membolehkan mereka dipuja atau disanjung. Apa saja yang dihasilkan atau dicipta perlu diketahui umum, walaupun ia mendatangkan musibah atau sebaliknya, tapi tidak semua insan sedemikian rupa, kerana bagi mereka yang mempunyai hati tulus dan jujur tidak akan mengharapkan balasan, hanya memadai dengan mendapat keredhaan Ilahi.

Aku merenung jauh, melihat diriku dalam diriku, apakah aku mendapat kesempurnaan hati dan jiwa, mampukah aku memperolehnya, atau hanya sekadar pasrah membuta tuli. Hidup begitu luas sekali, bersatukah aku dengan alam atau bersatunya alam terhadap aku.

"Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Al Taghaabun : 11).

Monday, September 28, 2009

Keangkuhan Manusia.



Salam hormat dan rahayu,

Dunia semakin tua, semakin ke arah kehancuran secara total. Jika seluruh pemimpin dunia tidak prihatin, pasti peradaban manusia lenyap begitu saja. Sering berlaku fenomena alam yang drastik, seperti gempa bumi di sana sini, taufan yang ganas, dan peperangan yang tidak berkesudahan. Gejala ini telah menjadi fokus kepada sebarang media, sehinggakan ianya menjadi igauan dan mimpi ngeri kepada mereka yang pernah mengalami peristiwa tersebut.


Lihat, apa yang sedang dan telah berlaku di Gaza, Palestine. Ramai kanak-kanak termasuk orang awam terbunuh, akibat serangan Israel dengan menggunakan senjata yang dikenali sebagai 'White Phosphorus'. Senjata jenis ini jelas amat dilarang sama sekali oleh PBB, namun Israel yang sangat angkuh tidak memperdulikannya, malahan merasa bangga dan seronok, peri kemanusiaan sudah tidak ada lagi bagi mereka.






hancur lebur, sisanya hanya tulang dan tengkorak.




serangan Israel menggunakan senjata yang dikenali sebagai 'white phosphorus'

lari lintang-pukang, menyelamatkan diri





anak-anak kecil turut terkorban


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujarat : 15).