Sunday, January 24, 2010

Ok, ke?


BILA HATI SENTIASA BERSANGKA BAIK.


Apabila keadaan persekitaran aman dan dapat dikawal, pasti hidup kita harmoni, malah lebih terjamin jika semuanya memainkan peranan termasuk pemimpin dalam mengekalkan kestabilan perpaduan kaum dan ekonomi rakyat. Malah setiap penghuni alam semesta termasuk hidupan liar merasa hidup gembira kerana tiada pencerobohan yang boleh membawa kebinasaan.




Apakah kita dapat mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan hidup sepanjang hayat. Ini semuanya bergantung kepada hati. Jika hati suci, hidup akan sentiasa harmoni. Jika tidak, ia sebaliknya. Negara yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi, keruntuhan akhlak, korupsi yang berleluasa, dan adanya pemimpin yang tidak bijaksana, malah menindas rakyat, sudah pasti lama kelamaan rakyat akan bersuara dan memberontak.


Manusia akan buat apa saja untuk terus hidup dan berkuasa, termasuk membunuh, menjadi pengkhianat, gadai maruah, peras ugut, berbohong, dan mengambil hak orang lain. Caranya, guna berbagai dan pelbagai strategi termasuk diplomasi, psikologi, dan kekerasan secara halus.




INGAT, setiap sesuatu itu ada ketentuan Ilahi, berlaku adillah sesama sendiri, dan berbaik sangka, saling menghormati, dan menghargai hak orang lain. Negara akan hancur sekiranya kita saling berkonflik dan tidak habis-habis berdendam sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment